Tuesday, 20 November 2012

10 MUHARRAM

Assalamualaikum wbkt..

Tidak berseri jika tidak menyediakan bubur lambuk pada 10 Muharram (24 November 2012-sabtu) dan mengedarkan kepada semua penduduk kampung.  Aktiviti tersebut telah berjalan sejak dahulu dan pihak AJK masih berusaha untuk menghidupkan budaya ini.  Kepada yang berkesempatan bolehlah datang ke surau kampung kita untuk sama sama menyediakan bubur lambuk.  Agenda bermula sedari pagi, jadi jika ada kesempatan sila datang untuk membantu apa yang perlu..









UCAPAN TERIMA KASIH

Assalamualaikum wbkt..

Maaf sebab admin tidak dapat update cerita terbaru tepat pada masanya disebabkan oleh pelbagai faktor yang menghalang..Alhamdulillah dikesempatan ini ingin admin sebagai wakil AJK Surau menghulurkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan acara Korban 2012 (1433 H) yang lalu..

Acara berjalan dengan jayanya..semuanya atas usaha semua pihak yang sangat berkerjasama dan bertanggungjawab di atas tugas yang telah diletakkan di atas bahu mereka..hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya..InsyaAllah..aaminnn




SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1434 HIJRIYAH

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh umat islam walau di mana kamu berada..

Semoga kita menjadi manusia yang lebih baik dari semalam

Friday, 24 August 2012

BORANG PERMOHONAN MENYERTAI IBADAH KORBAN 2012

Assalamualaikum wbkt..

Kepada semua Ahli Kariah dan warga Kampung yang ingin menyertai Ibadah Korban anjuran Surau Tanah Wakaf Kg Tengah pada tahun ini, diminta untuk mengisi borang yang boleh didapati melalui Ahli Jawatan Kuasa Surau.

Setiap satu bahagian akan dikenakan bayaran sebanyak RM 370.00 sahaja.


JEMPUTAN KE MAJLIS HARI RAYA SURAU TANAH WAKAF 2012


Assalamualaikum wbkt..

SEMUA AHLI KARIAH ADALAH DIJEMPUT HADIR DAN SAMA SAMA MERAIKAN MAJLIS HARI RAYA ANJURAN SURAU TANAH WAKAF PADA 31HB OGOS, 2012 BERSAMAAN 13 SYAWAL 1433 H).

KAUM IBU DIMINTA BERKERJASAMA UNTUK MEMASAK HIDANGAN ISTIMEWA PADA HARI TERSEBUT.  GOTONG ROYONG AKAN BERMULA SEDARI PAGI.  DIHARAPKAN JUGA KAUM IBU DAPAT MEMBAWA SEPIRING DUA KUIH RAYA UNTUK MENYERIKAN LAGI MAJLIS HARI RAYA KITA NANTI.

ATURCARA MAJLIS

6.00 PETANG          KEHADIRAN PARA TETAMU
7.00 MALAM           SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
8.00 MALAM           JAMUAN HARI RAYA










MESYUARAT AGONG SURAU TANAH WAKAF KG TENGAH 2012

Assalamualaikum wbkt..

Untuk makluman semua warga kariah Surau Tanah Wakaf, semalam bersamaan dengan 24hb Ogos, 2012 (6 syawal, 1433 H), Ahli Jawatan Kuasa Surau Tanah Wakaf telah mengadakan Mesyuarat Tahunan.

Di dalam mesyuarat tersebut beberapa cadangan telah dikemukan oleh AJK yang hadir.  Diantaranya ialah;

Encik Roslan Abdul Ghani

Beliau telah mencadangkan AJK yang ada dikekalkan.  

Tuan Hj. Nasir b. Yakob

Beliau bersetuju dengan cadangan tersebut dan mencadangkan ada penambahan pada Ahli Jawatan Kuasa. Kesemua AJK sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut.  Untuk mengetahui senarai baru AJK sila rujuk di laman utama.

Encik Aris Maamor

Telah mencadangkan untuk Ibadah korban pada tahun ini setiap peserta yang mengambil bahagian akan dikenakan bayaran RM 370.00 untuk setiap bahagian. Cadangan beliau disokong oleh semua AJK.

En Azizan Mohd Akhir

Telah mencadangkan Majlis Jamuan Hari Raya Surau Tanah Wakaf pada hari Jumaat malam sabtu, selepas maghrib bersamaan 31hb Ogos, 2012 (13 syawal, 1433 H).

Semua kaum ibu diminta bersama sama menyediakan hidangan untuk jamuan malam itu. Gotong Royong memasak akan dibuat di Surau Tanah Wakaf sedari pagi hari tersebut.  Kaum ibu juga diminta membawa sepiring dua kuih raya.

Ahli Jawatan Kuasa Surau menjemput semua Ahli Kariah hadir untuk menjayakan majlis. Selain beramah mesra majlis ini juga dapat mengeratkan siratulrahim antara kita..InsyaAllah.



MAJLIS TAHLIL ARWAH TAHUNAN SURAU TANAH WAKAF

Assalamualaikum wbkt..

Semalam, selepas solat jumaat kami telah mengadakan Majlis Tahlil Arwah khas untuk para arwah yang disemadikan di kawasan tanah perkuburan Surau Tanah Wakaf. Majlis ini adalah majlis tahunan yang diadakan setiap tahun pada hari jumaat minggu pertama bulan syawal.

AJK Surau Tanah Wakaf ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan yang telah menyumbangkan makanan serta sumbangan derma.