Sunday 26 January 2014

USTAZ HASLIN BICARA TENTANG AZAN YANG MENYERAMKAN

Assalamualaikum wbkt..

Sambil sambil lawat blog ini, sama sama ringankan kepala menonton dan mendengar pandangan Ustaz Haslin Baharim membicarakan tentang Azan yang berkemundang kat corong corong surau dan masjid daerah kita..sebenarnya di mana mana pun begitu...









Wednesday 15 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435 HIJRIYAH (2014)

Assalamualaikum wbkt..

Salam Maulidur Rasul kepada semua warga Kampung Tengah, Tg. Ipoh, Sri Menanti.  Sempena menyemarakkan lagi bulan kelahiran Baginda Rasulullah saw, kami pihak AJK Surau Tanah Wakaf Kg. Tengah bakal mengadakan majlis Maulidur Rasul yang akan di adakan di Surau Tanah Wakaf Kg. Tengah.  

Tarikh telah ditetapkan pada hari Sabtu, bersamaan 1hb Februari 2014. Majllis bermula sebelum maghrib, diikuti dengan solat jemaah, ceramah, selawat dan jamuan makan malam..Insya Allah..

Semua warga kampung dan jemaah surau dijemput hadir, semoga majlis ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah swt..

Kepada AJK dan warga kampung yang ada kelapangan diminta untuk hadir sedari pagi pada hari tersebut untuk sama sama membantu menyediakan juadah dan pelbagai kerja rencam yang memerlukan kerjasama dari ramai pihak..

Terima kasih..

JEMPUTAN GOTONG ROYONG MEMBERSIH SURAU

Assalamualaikum wbkt..

Untuk maklumat kepada semua warga Kampung Tengah, satu gotong royong membersihkan Surau Tanah Wakaf akan diadakan pada hari Ahad bersamaan dengan 19hb Januari, 2014...

Kesemua AJK dan penduduk setempat adalah dijemput untuk sama sama menjayakan program tersebut yang bermula sedari pagi pada hari tersebut..

Kerjasama semua amat dihargai..hanya Allah swt sahaja yang mampu membalasnya..