Monday 19 August 2013

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 1434

Alhamdulillah...Sambutan Israk Mikraj 1434 telah berjalan dengan lancar di Surau Tanah Wakaf pada hari Ahad iaitu pada tarikh 9hb jun, 2013 bersamaan 30 rejab 1434.  Majlis disambut dengan sederhana sahaja.  Jemaah yang hadir lebih kurang 30 orang.

Majlis tersebut dimulakan dengan solat maghrib berjemaah.  Selesai solat maghrib, majlis diteruskan dengan tazkirah istimewa dari Ustaz Abdul Rahman berkaitan dengan Israk Mikraj.  Usai solat isyak berjemaah, semua tetamu dijemput menikmati hidangan makan malam yang dibawa dari rumah "pot luck" oleh jemaah yang hadir.



Terima kasih kepada yang sudi hadir meraikan majlis tersebut..

RUMAH TERBUKA SURAU TANAH WAKAF

Assalamualaikum wbkt..

Adalah dimaklumkan Surau Tanah Wakaf akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena Aidil Fitri 2013.  Semua warga kampung yang berdekatan dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut..

Majlis tersebut akan diadakan pada hari sabtu, bersamaan dengan 24hb Ogos, 2013 dan akan diadakan di Surau Tanah Wakaf sendiri.

Gotong royong akan bermula pada hari Jumaat, selepas solat sunat Jumaat. Kesemua AJK diharapkan dapat menghadirkan diri untuk meringankan pelbagai tugas pada hari tersebut kerana pada petang itu ada penyembelihan seekor lembu.  Gotong royong berlanjutan hingga pada malam tersebut.

Pada pagi sabtu, semua kaum ibu diharapkan dapat menghadirkan diri untuk sama sama membantu bagi menyediakan hidangan istimewa pada hari tersebut. 

Majlis bermula dari pukul 9 pagi dan akan berakhir pada pukul 10 malam, di hari yang sama...




Wednesday 7 August 2013

PROGRAM TAKBIR RAYA 2013

Takbir raya bermula di rumah Tuan haji Nasir Bin Yaakob






Rumah Tuan guru Ustaz Zakaria Bin Abd Rahman dan juga Pengerusi Surau En. Aris Bin Mamor


Rumah Arwah Tuan Haji Zainal

Rumah Tok Imam surau

Tok siak surau dah mongah


Rumah En. Shafiq

Rumah En. Hamzah Bin Abu


Rumah Tok Siak







Rumah tuan Haji Jalal

Rumah Induk Libah



Ruah En. Radzi ( Bang Ujang )


Rumah En. Zalin