Friday 13 March 2015

PART 3 CERAMAH USTAZ ABDULLAH KHAIRI DI MAJLIS MAULIDUR RASUL SURAU TANAH WAKAF

Part 3

Ustaz AK juga menyatakan yang Nabi Muhammad saw sangat sayangkan orang miskin. Beliau sangat menyayangi Sayyidina Ali dan Sayyidina Abu Bakar.  

Ustaz berpesan kepada para wanita, tidurlah di celah ketiak suami kerana ianya adalah sunnah.  

Nabi Muhammad saw pernah tertidur di riba Sayyidina Ali sehingga Sayyidina Ali terlepas solat asar.  Dia tidak sampai hati mengerakkan insan kesayangan ini yang lelah tertidur dipangkuannya.  Sehinggalah matahari hampir terbenam, Nabi Muhammad saw terjaga dari tidurnya dan terkejut kerana Sayyidina Ali masih memangkunya dan mengatakan "bukankah kau belum solat asar.  "kau kan kekasih Allah" kata Sayyidina Ali apabila dipersoalkan akan perbuatannya itu.  Lalu Nabi Muhammad saw telah berdoa kepada Allah swt supaya dapat menarik kembali waktu yang terlepas supaya Sayyidina Ali dapat melakukan solat asar.  Atas perintah Allah swt, matahari telah naik sejengkal untuk meraikan Sayyidina Ali yang sangat cintakan kekasihNya itu.  Sayyidina Ali melunaskan waktu asar yang telah terlepas darinya sebelum itu.

Pesan Ustaz AK lagi,  ibubapa adalah taman syurga.  Ibu kita adalah rezeki kita.  Dia menceritakan pengalamannya satu ketika sebelum dia aktif sebagai penceramah. Tugasnya hanyalah sebagai guru biasa dengan pendapatan yang sederhana.  Apabila melawat ibunya di kampung, dia telah memberi ibunya sebanyak RM 200.00, kebetulan hanya itu sahaja yang ada di dalam poketnya dan percaya ada rezeki lain yang akan Allah swt beri sekiranya dia berbuat baik kepada ibunya.  Keyakinannya diimbal dengan rezeki mendapat RM 4,000.00 kerana mengantikan seorang ulama ketika memberi ceramah di dalam satu majlis.

Ustaz AK melancarkan tabung derma untuk Surau Tanah Wakaf.  Ustaz AK mewar warkan akan derma tersebut akan mendapat pahala yang berpanjangan bila wang tersebut diguna pakai untuk kegunaan surau dan orang ramai.  Alhamdulillah, kutipan derma pada malam tersebut sangat memberansangkan dan wang tersebut akan disalurkan untuk menyempurnakan pagar yang belum siap sepenuhnya, membayar segala macam bil dan lain lain aktiviti sepanjang 2015 ini.  Terima kasih yang tidak terhingga dari kami pihak AJK Surau Tanah Wakaf, segala derma Insya Allah mendapat imbuhan dariNya yang Maha Pemurah dan Penyayang.

Ustaz AK menyambung kembali ceramahnya, 

Redha dan syukurlah akan pasangan kita kerana asas bahagia adalah redha.  Biar buruk macam mana pasangan kita, seandainya kita terima dengan ikhlas kerana Allah swt, InsyaAllah kita akan rasa bahagia.

Ustaz AK menceritakan tentang seorang pemuda yang selalu mengikuti ceramahnya dan sentiasa duduk di hadapannya.  Sebelum itu dia seorang yang sangat bebas, minum arak dan zina.  Cerita buruknya disebarkan di facebook hingga ramai orang tahu akan kisahnya yang sangat aib.  Apabila ditanyakan kepadanya lalu dijawab oleh pemuda tersebut " tak apa ustaz, kalau dia buka aib saya di dunia, kalau di akhirat Allah swt yang buka..dia redha

Bersyukurlah banyak banyak.  Mata yang menangis itu adalah milik kita.  Mendengar azan adalah satu nikmat.  Pelbagai nikmat anggota badan yang kita miliki..lakukanlah amalan ibadah.

Ustaz AK menutup ceramahnya dengan sepotong pantun lucu, 

" pergi ke dubai membeli maruku, Makcik...bye bye..., Pak Cik....i love you"

Majlis ditutup dengan ucapan ribuan terima kasih dari Pengerusi Majlis kepada semua penderma dan para jemaah yang hadir menyemarakkan majlis pada kali ini.

Selesai solat isyak,  tetamu dihidangkan dengan makan malam.  Alhamdulillah.

Semoga berjumpa di lain masa...Assalamualaikum wbkt..


PART 2 CERAMAH USTAZ ABDULLAH KHAIRI DI MAJLIS MAULIDUR RASUL SURAU TANAH WAKAF HILIR

Sambungan petikan ceramah dari Ustaz AK;


Semasa Perang Uhud, kerana mungkir janji dengan pesan Rasulullah saw, tentera Baginda saw diserang semula oleh musuh dan tentera muslimin kalah. Baginda saw terjatuh ke dalam lubang dan gigi baginda patah.  Musuh memanah dari belakang Baginda saw, untuk menyelamatkan Baginda dari tercedera, sahabat Nabi saw yang bernama Abu Dujanah telah menjadikan dirinya perisai.  Dikatakan belakangnya dipenuhi dengan panah seperti duri landak. 

Semasa menghalang diri Baginda dari kena tikam, Baginda saw menggunakan perisainya dan perisai itu pecah dan serpihan perisai terkena dahi Baginda saw.  Saad al Waqas telah menggunakan giginya untuk mencabut serpihan perisai pada dahi Nabi saw. Akhirnya serpihan itu tercabut dari dahi baginda saw  dan gigi Saad al Waqas tertanggal.

Sahabat bernama Malik b. Sinan apabila melihat dahi baginda berdarah, beliau meletakkan mulut pada luka dan menghisap darah yang mengalir.  Beliau menghisap dan menelan hingga darah berhenti mengalir. Lalu Baginda saw berkata " barang siapa yang bercampur dengan darahku, Allah haramkan api neraka padanya."

Ustaz AK juga menyelitkan kisah Mustafa Kamal Antartuk yang menderita sakit tanpa diketahui puncanya dan tiada penawar untuk meringankan beban kesakitannya itu. Semasa kematiannya, jenazah  tidak diterima bumi. Akhirnya ditanam di dalam konkrit.  Diantara kerosakan agama yang dibuat oleh Mustafa Kamal Antartuk ialah ;

Mustafa Kamal Ataturk
kubur mustafa kamal antartuk

....sesetengah informasi dari blog itsthemessage.wordpress.com


1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.


4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki


Al Quran yang diarah Mustafa Kamal Ataturk ditulis dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.


Mustafa Kamal Ataturk

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.

Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.



Perginya Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan Yahudi sedunia.

..........................................................................................................

Ustaz AK juga menceritakan perihal Sultan Muhammad Al Fateh yang berjaya menawan Kota Kontantinopel.  Beliau memetik kata kata Sultan Muhammad Al Fateh : " siapa yang tidak bangun tahajud tidak layak berperang", sempat juga beliau membandingkan dengan anggota tentera yang kita ada... 

(dengan sedikit tambahan dari admin untuk maklumat tambahan)

Selepas berjaya menahluki kota besar itu, Sultan Muhammad Al Fateh telah berjaya mencari kubur sahabat baginda yang sangat masyur dengan wasiatnya iaitu Abu Ayub Al Ansari; 

"Aku mendengar baginda Rasulullah saw mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda.

Kubur Abu Ayub Al Ansari telah digali dan didapati mayatnya masih elok seperti baru meninggal dunia.  Sultan Muhammad Al Fateh ingin memberi penghormatan dengan memegang kakinya tetapi kaki itu bergerak seolah olah tidak mengizinkan diperlakukan sedemikian.

Kisah Abu Ayub Al Ansari ; Semasa Rasulullah saw tiba di Madinah, berebut rebut orang ansar mengajak Baginda saw tinggal di rumah mereka.  Untuk berlaku adil, Baginda saw berkata di mana untanya berhenti, disitu Baginda saw akan tinggal.  Lalu berjalanlah unta tersebut ke dalam kota Madinah sehingga unta itu berhenti di hadapan sebuah rumah, sudah tentu pemiliknya Abu Ayub Al Ansari.  

Rumah Abu Ayub ada dua lantai atau dua tingkat.  Beliau menyarankan Baginda duduk di atas tetapi Baginda saw mengatakan ingin duduk di bawah sahaja.  Ketika itu musim sejuk dan Abu Ayub keresahan tinggal di atas apabila mengenangkan Baginda saw ada di tingkat bawah.  Sehinggakan pada satu hari, beliau tersepak cawan yang ada air,  cepat cepat dilapnya dengan selimutnya kerana ditakuti terkena kepada Baginda saw tersayang...dan beliau tidur kesejukkan dengan selimutnya yang basah.


Selepas peristiwa itu, Baginda saw telah diminta tinggal di atas rumah, manakala beliau tinggal di tingkat bawah.  Semasa musim panas, Baginda saw yang tinggal di atas rumah berpeluh peluh kepanasan.  Peluhnya menitik hingga ke bawah rumah.  Peluh Nabi saw dikatakan sangat harum seperti kasturi, begitu juga kencing dan najisnya wangi.  Abu Ayub Al Ansari telah menganga dari bawah rumah untuk menadah setiap titisan peluh Rasulullah saw yang jatuh ke bawah sehingga Rasulullah saw tersedar akan perbuatan beliau. Beliau mengatakan kepada Rasulullah saw, "peluh mu menitis ya Rasulullah, aku tahu peluh mu lebih HARUM dari KASTURI aku sayang kamu ya Rasulullah, aku minum peluh kamu ya ..."


Lalu Baginda saw mengatakan "sesiapa yang meminum peluhku, Allah swt akan mengharamkan api neraka kepada mereka" 

Ustaz AK mengalirkan airmata sambil menyatakan kesedihan akan Nabi saw tidak ada disamping kita untuk mendapat barakah seperti para sahabat nabi....

........................................................................................................................

Digambarkan akan keindahan Rasulullah saw;

Rambutnya ikal hitam, berketak ketak hingga ke bahu. Apabila ditiup angin, rambutnya melambai lambai seperti daun ditiup angin.

Kulitnya putih kemerah merahan.  

Matanya bulat. Bila Baginda saw marah, matanya akan menjadi merah

Keningnya melengkung cantik

Hidungnya tajam berkilat..mancung yang cantik

Bibirnya apabila tersenyum, seperti bulan purnama

Giginya tersusun rapi

Semasa Baginda saw wafat, giginya tetap cantik seperti bintang bercahaya

Satu urat janggutnya, satu bidadari

Bahunya bidang dan sederhana

Dari dada hingga ke bawah, sama

Ada bulu yang halus menghiasai perutnya

Kakinya besar, apabila berjalan cepat, tumitnya tidak diangkat

Kepalanya besar sesuai dengan tubuh badannya

Baginda beristigfar 100 kali setiap hari.  (Amalan ini akan membuang sifat sombong yang ada pada diri kita)

Baginda makan guna tiga jari kerana Baginda saw makan roti.

Ustaz AK berpesan, ketika hendak makan bacalah Bismillah, diikuti dengan doa makan dan bismillahillazi...



Ikut budaya kita yang makan nasi, ambil nasi letakkan dimulut dahulu sebelum mencapai makanan yang ada di hadapan kita.  Jika lupa baca bismillah, baca doa terlupa ;

 

Kita dilarang mengguna tangan kiri kerana ia adalah perbuatan syaitan.

Ambil apa sahaja di hadapan dahulu baru dicapai yang jauh dari kita.

Nabi Muhammad saw mengamalkan menitip garam dilidahnya sebelum makan.  Ini kerana garam mengandungi alkali yang boleh meneutralkan perut yang berasid.

Diakhiri dengan Alhamdulillah. 

Hasil carian imej untuk doa lupa baca bismillah sebelum makan

Terselit kisah lucu orang yahudi tidak suka sendawa kerana dianggap bad manners.  Jika kentut, perbuatan yang sangat bagus.  (admin) Sebenarnya kita diminta makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.  Jadi tak sempatlah nak sendawa...dan selalunya kita makan sampai kenyang dan akan menghasilkan sendawa.  Amalannya kita akan mengatakan Alhamdulillah tetapi sebenarnya perbuatan itu adalah makruh...

Ketika Nabi Adam as bersin,  jantungnya telah terhenti seketika.  Selepas itu Nabi Adam as mengucapkan Alhamdulillah selepas jantungnya berdenyut kembali.

Jangan minum semasa makan

Kencinglah dahulu sebelum membuang air besar, dan istinjak guna tangan kiri

Ketika minum, jangan meneguk sekaligus tetapi tiga kali teguk

Ketika masuk tandas, gunalah kaki kiri dahulu ketika melangkah masuk

Jangan lupa doa masuk tandas, kerana ada syaitan jantan dan betina di dalam tandas

Tutuplah kepala samada guna tangan, kain atau spander pun boleh (lawak ustaz AK)

Ustaz AK kongsikan kisah seorang kawannya yang telah pergi ke sebuah hotel untuk satu mesyuarat.  Sebelum masuk ke dewan, beliau pergi ke tandas dahulu.  Oleh kerana tiada apa yang hendak digunakan bagi menutup kepalanya, beliau telah menggunakan seluar dalamnya untuk menutup kepala.  Selesai hajat, beliau kembali semula ke arah dewan dan rasa pelik kerana receptionist yang menyambutnya tersenyum simpul kepadanya.  Lalu diberitahu akan kepelikkan yang ada pada dirinya,  dia jadi sangat malu kerana lupa menanggalkan seluar dalam yang menutupi kepalanya tadi...

Ketika keluar tandas, bacalah doa juga;



Ketika kencing, duduklah untuk mendapat pahala.  Berdiri hukumnya makruh walau tiada manusia yang melihat.

Semasa tidur, lambung hendaklah diarahkan ke kiblat

Bacalah doa dan 3 Qul sebelum tidur.  Lalu ditiup ke tapak tangan, disapu ke muka dan dilurut ke atas kepala lalu dilurut sehingga ke hujung kaki dan tangan.

Kalau boleh bacalah Al Mulk sebelum tidur, Allah swt jamin jauh dari azab kubur..

Ketika bangun tidur bacalah doa;



Ustaz AK dapat petua dari seorang kawan ketika di Madinah, ketika bangun dari tidur tepuk tepuklah pipi dan pukul pukullah tangan.  Sesiapa yang mengamalkannya akan merasa nikmatnya.