Friday 24 August 2012

BORANG PERMOHONAN MENYERTAI IBADAH KORBAN 2012

Assalamualaikum wbkt..

Kepada semua Ahli Kariah dan warga Kampung yang ingin menyertai Ibadah Korban anjuran Surau Tanah Wakaf Kg Tengah pada tahun ini, diminta untuk mengisi borang yang boleh didapati melalui Ahli Jawatan Kuasa Surau.

Setiap satu bahagian akan dikenakan bayaran sebanyak RM 370.00 sahaja.


JEMPUTAN KE MAJLIS HARI RAYA SURAU TANAH WAKAF 2012


Assalamualaikum wbkt..

SEMUA AHLI KARIAH ADALAH DIJEMPUT HADIR DAN SAMA SAMA MERAIKAN MAJLIS HARI RAYA ANJURAN SURAU TANAH WAKAF PADA 31HB OGOS, 2012 BERSAMAAN 13 SYAWAL 1433 H).

KAUM IBU DIMINTA BERKERJASAMA UNTUK MEMASAK HIDANGAN ISTIMEWA PADA HARI TERSEBUT.  GOTONG ROYONG AKAN BERMULA SEDARI PAGI.  DIHARAPKAN JUGA KAUM IBU DAPAT MEMBAWA SEPIRING DUA KUIH RAYA UNTUK MENYERIKAN LAGI MAJLIS HARI RAYA KITA NANTI.

ATURCARA MAJLIS

6.00 PETANG          KEHADIRAN PARA TETAMU
7.00 MALAM           SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
8.00 MALAM           JAMUAN HARI RAYA










MESYUARAT AGONG SURAU TANAH WAKAF KG TENGAH 2012

Assalamualaikum wbkt..

Untuk makluman semua warga kariah Surau Tanah Wakaf, semalam bersamaan dengan 24hb Ogos, 2012 (6 syawal, 1433 H), Ahli Jawatan Kuasa Surau Tanah Wakaf telah mengadakan Mesyuarat Tahunan.

Di dalam mesyuarat tersebut beberapa cadangan telah dikemukan oleh AJK yang hadir.  Diantaranya ialah;

Encik Roslan Abdul Ghani

Beliau telah mencadangkan AJK yang ada dikekalkan.  

Tuan Hj. Nasir b. Yakob

Beliau bersetuju dengan cadangan tersebut dan mencadangkan ada penambahan pada Ahli Jawatan Kuasa. Kesemua AJK sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut.  Untuk mengetahui senarai baru AJK sila rujuk di laman utama.

Encik Aris Maamor

Telah mencadangkan untuk Ibadah korban pada tahun ini setiap peserta yang mengambil bahagian akan dikenakan bayaran RM 370.00 untuk setiap bahagian. Cadangan beliau disokong oleh semua AJK.

En Azizan Mohd Akhir

Telah mencadangkan Majlis Jamuan Hari Raya Surau Tanah Wakaf pada hari Jumaat malam sabtu, selepas maghrib bersamaan 31hb Ogos, 2012 (13 syawal, 1433 H).

Semua kaum ibu diminta bersama sama menyediakan hidangan untuk jamuan malam itu. Gotong Royong memasak akan dibuat di Surau Tanah Wakaf sedari pagi hari tersebut.  Kaum ibu juga diminta membawa sepiring dua kuih raya.

Ahli Jawatan Kuasa Surau menjemput semua Ahli Kariah hadir untuk menjayakan majlis. Selain beramah mesra majlis ini juga dapat mengeratkan siratulrahim antara kita..InsyaAllah.



MAJLIS TAHLIL ARWAH TAHUNAN SURAU TANAH WAKAF

Assalamualaikum wbkt..

Semalam, selepas solat jumaat kami telah mengadakan Majlis Tahlil Arwah khas untuk para arwah yang disemadikan di kawasan tanah perkuburan Surau Tanah Wakaf. Majlis ini adalah majlis tahunan yang diadakan setiap tahun pada hari jumaat minggu pertama bulan syawal.

AJK Surau Tanah Wakaf ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan yang telah menyumbangkan makanan serta sumbangan derma.

Friday 17 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2012

Assalamualaikum wbkt..

Warga Surau Tanah Wakaf Kg Tengah ingin merakamkan ribuan terimakasih kepada semua pihak yang telah sama sama menjayakan majlis tahlil dan solat terawih sepanjang ramadan 2012 ini.

Di sini kami ingin memohon maaf jika ada sebarang kekurangan atau kesilapan di dalam menjayakan setiap majlis.  Kami melakukan apa yang termampu dan yang baik itu datangnya dari Allah dan sebarang kekurangan datangnya dari kami semua..

Esok syawal menjelang tiba, dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat islam terutama warga jemaah Surau Tanah Wakaf yang tercinta...  


Jangan lupa malam ini kita ada program takbir rumah ke rumah.  Esok pula seluruh jemaah dan warga kampung terdekat dijemput sama sama meraikan Aidil Fitri dengan melakukan solat sunat hari raya di Surau Tanah Wakaf...jangan lupa sepiring dua hidangan istimewa dari rumah ya..