Friday 9 January 2015

BIODATA USTAZ ABDULLAH KHAIRY BIN HJ. HAROON

Assalamualaikum wbkt..

Untuk makluman semua, InsyaAllah jika diizinkan oleh Allah swt kita akan mengadakan Majlis Maulidur Rasul di Surau Tanah Wakaf pada bulan Mac 2015 yang akan datang. Tarikh tepat akan diumumkan kelak.

Penceramah dan juga Pakar Motivasi iaitu Ustaz Dr. Hj Abdullah Khairy telah memaklumkan akan hadir untuk memberi tazkirah atau ceramah istimewa kepada kita semua.


Di sini disertakan biodata ringkas berkenaan beliau;

Nama            : Dr. Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon 


Kelulusan      : B Sc (Hons) Electrical Eng., Dip. Bahasa Arab
                        PHD dlm Psikologi dan Kaunseling
                   
Umur             : 48 tahun 

Keluarga       : Beristeri dengan 6 orang anak 

Pengalaman : 9 tahun sebagai jurutera, 
                      12 tahun sebagai guru,
                       mendapat tauliah mengajar dari Majlis Agama Islam Negeri

Terbaru, beliau pernah dijemput sebagai Juri Jemputan di dalam rancangan Pencetus Ummah untuk minggu ke dua.









Sunday 4 January 2015

YURAN BULANAN AJK DAN SELENGGARA TANAH PERKUBURAN BAGI TAHUN 2015

Assalamualaikum wbkt..

Perhatian untuk semua ahli kariah dan Ajk Surau Tanah Wakaf, pada tahun 2015 ini, mungkin di dalam bulan febuari kita akan mengadakan majlis Maulidur Rasul.

Di atas perkara tersebut, saya memohon semua yang berkenaan dapat kiranya menjelaskan yuran surau sebanyak RM 10.00 sebulan dan yuran selenggara kawasan tanah perkuburan Surau Tanah Wakaf sebanyak RM 20.00 (setahun).

Untuk makluman semua, pada tahun 2014 hanya separuh daripada AJK dan Ahli Kariah yang menjelaskan bayaran.

Surau amat memerlukan sumbangan tersebut untuk membayar pelbagai bil dan penyelengaraan kawasan surau dan kawasan persekitaran tanah perkuburan Surau Tanah Wakaf.

Sumbangan Persendirian dan yuran yuran yang diterima adalah sangat dihargai..

Hanya Allah swt jua yang membalasnya.  InsyaAllah. Aamiinn. 

GOTONG ROYONG MEMBERSIH SURAU JANUARI 2015

Assalamualaikum wbkt..

Untuk makluman semua,  kami AJK Surau Tanah Wakaf telah mengadakan aktiviti gotong royong membersih surau yang dijalankan pada hari ahad bersamaan dengan 4hb Januari 2015.

Sambutan kurang mengalakkan tetapi dengan kerjasama yang sedikit, aktiviti tersebut tetap berjalan dengan lancar.  Alhamdulillah.