Thursday 6 February 2014

GAMBAR GAMBAR SEMASA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI SURAU TANAH WAKAF 2014

Di sini dilampirkan gambar gambar yang telah diambil pada malam Sambutan Maulidur Rasul di Surau Tanah Wakaf, Kg Tengah, Kuala Pilah pada 1hb Februari, 2014.


Pengacara Majlis, En Hamid memberi kata kata aluan kepada para jemaah yang hadir pada malam tersebut


Kata kata aluan dari Timbalan Pengerusi Surau, Ahmad Yusri Yaakob


Ustaz Uda Kassim sedang memberi ceramah




Jemaah wanita sedang kusyuk mendengar ceramah dari Ustaz Uda Kassim


Jemaah lelaki yang setia mendengar di ruang legar surau


Sebahagian jemaah lelaki yang berada di dalam surau


Inilah barisan AJK Surau Tanah Wakaf  yang bertungkus lumus menjayakan sambutan Maulidur Rasul tersebut.  Gambar kenangan bersama Ustaz Uda Kassim




Pihak AJK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sama sama menjayakan majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014 anjuran Surau Tanah Wkaf, Kg Tengah, Kuala Pilah. Seandainya ada sebarang kekurangan dan kelemahan, harap maafkan kami.

Berjumpa lagi di masa akan datang.





















MAJLIS MAULIDUR RASUL 2014 BERSAMAAN 1435 HIJRIYAH

Assalamualaikum wbkt..



Alhamdulillah, Majlis Maulidur Rasul 1435 Hijriyah, anjuran Surau Tanah Wakaf Kampung Tengah, Kuala Pilah telah berjalan dengan lancar pada hari sabtu, 1hb Febuari, 2014.  Walaupun ada pelbagai peristiwa yang di luar jangkaan seperti ketiadaan bekalan air, menguruskan orang kampung yang telah meninggal pada hari tersebut, Allah swt tetap memudahkan bagi kami meneruskan agenda yang telah dirancang.

Majlis bermula dengan solat maghrib dan isyak berjemaah.  Selepas solat tersebut, Tuan Pengerusi Majlis dan Timbalan Pengerusi Surau memberi kata kata aluan kepada hadirin yang sudi hadir meraikan Majlis Maulidur Rasul anjuran Surau Tanah Wakaf, Kg Tengah.  

Timbalan Pengerusi sempat mengumumkan tentang penubuhan Koperasi Jaya Ummah khas untuk ahli ahli kariah Surau Tanah Wakaf, Kg Tengah.  Koperasi tersebut ditubuhkan untuk membantu ahli ahli kariah menjana pendapatan tambahan.  Selain daripada itu ia juga akan dapat merapatkan siratul rahim sesama ahli dan  memudahkan aktiviti kemasyarakatan.  Beliau juga mengingatkan bahawa Surau Tanah Wakaf bersedia menganjurkan majlis seperti Tahlil Arwah dan Doa Selamat  bagi yang berhajat.

Penceramah tiba lewat dari jadual yang sepatutnya tetapi sampai tepat pada waktunya untuk memberi ceramah. Penceramah yang dimaksudkan ialah Ustaz Uda Kassim yang dijemput khas dari Kelang.  Beliau tiba bersama anaknya dan memohon kemaafan di atas kelewatan tersebut. Beliau juga memohon maaf sebab tidak dapat membawa kumpulan qasidah kerana pelajar pelajar yang terlibat sedang bercuti sempena sambutan tahun baru cina.  

Ustaz Uda Kassim
Pada malam tersebut, Ustaz Uda Kassim telah berkongsi ilmu tentang sifat dan akhlak Rasulullah saw yang patut menjadi contoh dan teladan kepada kita semua.  Tiada orang yang layak menjadi contoh, kecuali Rasulullah saw.

 Allah swt berfirman;

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu" (al ahzab ayat 21)

Dia adalah yang terbaik, Dia maksum, tiada sifat buruk yang ada pada dirinya. Pada diri nabi tiada pembohongan.  Dialah guru yang baik, anak yang baik, Tok Penghulu yang baik..segala galanya ada pada diri Rasulullah saw..

Aisyah ra pernah ditanyakan tentang Rasulullah, bagaimanakah Dia..  Lalu Aisyah menjawab " suami aku ini akhlaknya terpelihara, bagaimana baiknya Al Quran itu, begitu baiknya Rasulullah saw.

“Dan tiadalah kami mengutus kamu (Wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam." (Surah Al-Anbiya’, Ayat 107)

Digambarkan juga Nabi Muhammad saw lebih cantik wajahnya berbanding dengan Nabi Yusuf. Bukan sahaja cantik malah seorang pendekar yang hebat.  Diceritakan pada zaman Rasulullah saw, ada seorang ahli gusti kafir telah mencabar kehebatan Rasulullah saw.  Di dalam pertarungan tersebut, Rasulullah saw telah menang dan ahli gusti itu akhirnya masuk islam.

Diceritakan juga perihal Rasulullah saw bertemu dengan orang badwi.  Pada satu hari, Rasulullah saw telah berjalan ke kota dengan memakai selendang yang sangat cantik.  Ketika Baginda berjalan, Baginda telah direnung oleh seorang lelaki badwi yang sangat terpesona dengan selendang Baginda.  Lalu direntapnya selendang itu dari belakang hingga melecet leher Rasulullah saw.  Rasulullah sangat terkejut dan lalu berpaling ke arah badwi tersebut.

"ya Rasulullah, cantik sungguh kain ini" badwi itu berkata tanpa rasa bersalah.
"kamu suka ke..?, kalau kamu suka, ambillah, aku hadiahkan kepada mu"

Begitulah sabarnya Rasulullah saw.  Dikhabarkan juga perihal Aisyah ra yang marah kepada Rasulullah saw, lalu ditolaknya Baginda hingga menjajar ke hadapan.  Baginda tidak pula marah, malah hanya tersenyum melihat telatah isteri kesayangannya itu.

Baginda juga pernah disiram dengan air busuk ketika Baginda belum memegang tampuk pemerintahan.  Selepas Baginda menjadi pemerintah, Baginda telah didatangi oleh orang yang melakukan perkara tersebut.  Orang itu telah meminta maaf di atas sifat buruknya itu.  Rasulullah saw mengenali orang itu.  Rasulullah saw lalu berkata kepadanya; "pergilah mana tempat kamu mahu pergi, dari dahulu lagi aku sudah maafkan kamu"

Dari sini dapat disimpulkan, kita digalakkan memaafkan orang yang membuat kesalahan kepada kita walau kita tidak lagi bertemu dengannya.

Diceritakan juga perihal di syurga, Allah swt menyediakan sebuah mahligai yang sangat indah di atas bukit. Para syuhada tertanya milik siapakah itu..lalu Allah swt berkata " Aku bina untuk seorang hamba Aku, dia sanggup memaafkan para sahabatnya.."

berkaitan dengan peristiwa tersebut, admin memetik artikel lengkap dari blog Halaqah.net;

Di saat kau memberikan kemaafkan kepada saudaramu yang telah merobek perasaanmu,menggugat iman didadamu,menghancurkan hatimu disaat itulah kau berada ditahap yang paling tinggi didalam sejarah kehidupanmu sebagai manusia...kata kata pujangga.


Rasulullah  pernah bercerita kepada Anas bin Malik ra seraya tersenyum dan menangis kerana keagongan kuasa ALLAH swt.

Ceritanya ialah tentang dua orang sahabat yang berada di padang masyar sedang bertelagah,setiap dari mereka menuntut agar dosa mereka diambil oleh sahabat yang telah menzaliminya,sedangkan pahala yang dimiliki oleh sahabat yang menzaliminya itu tidak cukup untuk menampung dosanya sendiri dan ketika itulah ALLAH swt memperlihatkan sebuah mahligai tersergam indah di dalam jannah:

"Tidakkah kamu melihat mahligai yang tersergam indah ini?"Ujar ALLAH kepada sahabat yang sedang beertelagah di depan ALLAH untuk menuntut keadilan terhadap sahabatnya.

"ya, kami nampak sebuah mahligai yang diperbuat dari emas dan dikelilingi oleh taman yang diperbuat dari perak.Milik siapakah mahligai ini ?.Pastinya untuk para nabi atau syuhada atau para sadiqin",jawab kedua sahabat tadi.

"Mahligai indah ini untuk sesiapa sahaja asalkan mereka sanggup membayar harganya,kamu juga berpeluang memilikinya jika kamu sanggup membayar
harganya",jelas ALLAH swt' 

"Bagaimanakah kami dapat membayarnya sedangkan kami tidak mempunyai apa apapun yang kami bawa ke sini untuk membeli mahligai emas ini",kata kedua sahabat ini.

"Kamu masih memiliki sesuatu yang sangat sangat berharga iaitu KEMAAFAN terhadap sahabat yang telah menzalimimu malahan kamu boleh membawa sekali sahabatmu ke dalam mahligai emasmu ini",ujar ALLAH swt.

Denggan perasaan yang amat gembira sahabat itu berkata "Ya ALLAH aku sanggup memaafkan apa sahaja kesalahan orang terhadapku jika ganjaran yang kudapat adalah amat besar".

Alangkah baiknya jika semua manusia tahu perlunya sifat tolenrasi dan pemaaf terhadap sesama manusia kerana sifat pemaaf itu akan mendatangkan kebaikan kepada dirinya sendiri dan kepada orang yang dimaafkannya.

Memaafkan kesalahan orang yang dilakukan ke atas kita bererti menolong orang itu dari beban dosanya,ganjaran dan rahmat ALLAH adalah amat besar keatas kita seperti mana sabda Rasulullah "Sesungguhnya ALLAH Taala tidak menyayangi kecuali kepada hambanya yang penyayang ,tidak mengampuunkan kecuali kepada hambanya yang pengampun dan tidak menerima taubat kecuali kepada hambanya yang pemaaf".


Sesungguhnyan janji ALLAH itu adalah benar,oleh itu jangan tunggu lagi wahai sahabat sekalian,marilah kita memaafkan sesiapa sahaja yang telah menyakitkan hati kita kerana KEMAAFAN itu akan memberikan kecerian dan ketenangan kehidupan kedunian kita disamping mendapat ganjaran yang amat besar diakhirat.
.........................................................

Akhlak Rasulullah saw yang hebat bukan sahaja dikalangan umatnya malah kepada orang kafir juga.

Ustaz mempersoalkan tentang pepatah orang kita " kalau jumpa bangsa tersebut dengan ular, bunuh bangsa itu dahulu" Katanya fahaman tersebut sesat.  Rasulullah saw tidak pernah mengajar umatnya untuk berburuk sangka sesama manusia walau berlainan bangsa dan agama.

Dikatakan orang kafir zaman Rasulullah saw masuk islam kerana tertarik dengan akhlak Rasulullah saw yang sangat hebat.  Di dalam satu hadis ada diceritakan perihal Rasulullah saw yang setiap hari keluar ke pasar untuk melihat aktiviti rakyatnya.  Pada suatu hari, ketika sampai di pasar, Baginda melihat pasar kosong, tetapi terlihat kelibat seorang tua buta yang bertongkat sedang berdiri di tepi jalan.  Lalu Baginda menghampirinya, didapati orang tua itu berbangsa yahudi, berkeadaan sangat lemah dan mengigil.

Lalu ditanya oleh Baginda akan dirinya.  Orang tua itu menjawab "aku dah beberapa hari tak makan, tolonglah aku.." Lalu Baginda berjanji kepada orang tua tersebut yang Dia akan kembali untuk membawa sebarang makanan yang ada di rumahnya.  Ketika tiba di rumah, Baginda bertanya kepada Aisyah ra., adakah sebarang makanan di rumahnya.  Aisyah ra mengatakan ada sekeping roti untuk mereka berdua pada hari itu.  Lalu Baginda mengambilnya sambil mengatakan kepada isterinya yang dia ingin memberikan roti tersebut kepada seorang tua yahudi yang kelaparan di pasar.  Aisyah ra mengatakan..jadi kita nak makan apa pada hari ini.  Jawab Baginda..kita tak makan hari ini tetapi orang tua itu dah beberapa hari tak makan.

Sampai di pasar, lalu Baginda menyuruh orang tua itu duduk.  Dikoyaknya roti itu kecil kecil dan dicelop ke dalam kuah, lalu disuapkan ke dalam mulut orang tua itu.  Ketika ada kuah tumpah di bibirnya, Baginda mengelap mulut orang tua tersebut dengan lemah lembut. Begitulah rutin harian Baginda sehingga kewafatannya.

Selepas kewafatan Rasulullah saw, Sayyidina Abu Bakar ra telah bertemu Aisyah ra dan bertanyakan tentang amalan Rasulullah saw pada setiap hari.  Beliau ingin sangat menyambung amalan tersebut.  Lalu Aisyah ra menceritakan tentang Rasulullah saw pada setiap hari telah pergi ke pasar memberi makan orang tua yahudi.

Tanpa lengah, Sayyidina Abu Bakar ra telah ke pasar selepas solat subuh.  Ketika sampai di pasar, Dia menghampiri orang tua tersebut. Lalu ditanya oleh orang tua itu akan siapa dirinya, lalu Dia memperkenalkan dirinya sahabat kepada orang yang menyuap roti kepada orang tua tersebut.  Lalu dipuji pujinya insan yang tidak dikenali yang pada setiap hari menyuapnya roti kepadanya.  

Sayyidina Abu Bakar ra mengabarkan kepada orang tua itu, orang itu telah meninggal dunia

"bukankah yang meninggal itu nabi palsu?"
"ya, yang menyuap pak cik, dialah itu"

Terkejut orang tua itu lalu merayu kepada Sayyidina Abu Bakar supaya membawa ke kubur Rasulullah saw untuk meminta maaf.

"Dialah orang yang aku benci, tapi Dialah orang yang beri aku makan" jawabnya hiba

Sayyidina Abu Bakar menyuapkan roti ke mulutnya, baru tiga kali suapan, tiba tiba orang tua yahudi itu memegang tangan Sayyidina Abu Bakar ra. sambil berkata 

"nak..cara kamu menyuap aku tak sama macam cara Dia menyuap aku"

"masa Dia menyuap aku, aku rasa Dia menyayangi aku"

"aku menyuapkan kamu, kamu tak rasakah aku menyayangi kamu" jawab Sayyidina Abu Bakar ra hiba hingga terjatuh roti dari tangannya.  "aku nak ikut Nabi saw tetapi tak terikut aku" kata Sayyidina Abu Bakar ra..  Dikhabarkan orang tua yahudi itu akhirnya masuk islam.

...........................................................................

Rasulullah saw juga pernah memberi hormat kepada mayat orang yahudi.  Baginda berdiri untuk menunjukkan tanda hormat tersebut tetapi kita tidak mahu ikut akan ajaran tersebut.

Sebenarnya bukanlah satu kesalahan sekiranya kita menjemput orang bukan islam untuk sama sama meraikan Sambutan Maulidur Rasul.  Rasulullah saw pernah membawa seorang yahudi masuk ke dalam masjid, supaya yahudi tersebut memahami akan fungsi masjid dan mengenal agama islam.

Seandainya kita membuka ruang kepada mereka kepada islam, sudah pasti tiada prasangka buruk mereka terhadap agama kita. Sekurang kurangnya apabila kita menjemput mereka ke majlis sebegini, mereka akan kenal nabi kita dan memahami apa itu islam yang sebenarnya.

Ustaz juga berpesan supaya tidak meninggalkan solat lima waktu dan mengingatkan para suami supaya menjaga aurat para isteri dan anak perempuan masing masing.  Meninggalkan amalan merokok kerana Rasulullah saw tidak merokok.

Ustaz Uda juga mengingatkan akan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa adalah berat. Ustaz berkongsi cerita tentang beliau yang selalu memberi ceramah di penjara.  Di penjara beliau terpandang seorang pemuda yang sangat elok paras rupanya .  Kalau diperhatikan perlakuannya, beliau pelik kenapa pemuda tersebut dipenjarakan. Pemuda ini telah menulis sebuah puisi yang bertajuk Ayah Yang Aku Benci.

Antara isi puisi yang dikongsi oleh ustaz ialah;

Ayah, janganlah datang ke kawat besi ini
Tiada orang yang saya benci melainkan ayah di dunia ini

Ayah, ingat tak dahulu
Sewaktu saya di kampung
Bermain bersama kawan kawan di padang
Bila dekat senja, ada ibu bapa yang datang menarik anaknya balik
Lalu saya melihat kawan kawan saya balik
Hanya saya yang tinggal

Saya menunggu mana ayah saya itu ?
Terdengar sayup azan maghrib
Saya melihat sebelah kanan,
Kawan kawan tadi melangkah ke surau

Saya cemburu ayah
Saya melihat sebelah kiri
Ada kawan yang telah lengkap berbaju melayu dan bersungkuk melangkah ke surau

Ayah..datanglah ayah
Ambillah saya
Tetapi ayah tak  datang

Balik ke rumah
Ayah..di mana ayah?
Ayah naik haji di kedai kopi

Sekarang saya duduk di kawat besi
Saya terlibat dengan rompakan
Ayah tidak bawa saya ke surau
Akhirnya saya masuk penjara

Ustaz bertanya sendiri kepada pemuda tersebut akan perancangannya apabila bebas nanti.  Kata pemuda tersebut, dia nak ke kubur ayahnya. Katanya  " aku nak kencing atas kubur ayah aku kerana ayah adalah seorang ayah yang tak berguna.

Sebagai seorang bapa, ustaz mengingatkan supaya menjaga solat anak anak, jangan di pandang ringan hingga tidak menghiraukan samada anak telah bersolat atau tidak.

Selain daripada itu, ustaz juga berkongsi peristiwa bagaimana Rasulullah saw telah menerima ayat Al Kautsar.  Terjemahannya;

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
(Al-Kauthar 108:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A002
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
(Al-Kauthar 108:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A003
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
(Al-Kauthar 108:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Rasulullah saw mengabarkan di padang masyar nanti ada sebuah perigi yang digelar Al Kautsar.  Ada umatnya yang boleh masuk, ada juga yang tidak.  Umatnya yang boleh masuk dan menikmati air Al Kautsar itu ialah golongan umatnya yang mengamalkan syariatnya iaitu tidak meninggalkan solat, berpuasa dan berzakat.

Begitulah berakhirnya ceramah dari Ustaz Uda kassim. Selepas berselawat beramai ramai, Majlis diteruskan dengan menjemput para jemaah menikmati hidangan makan malam yang disediakan oleh pihak AJK Surau Tanah Wakaf.