Tuesday 20 November 2012

10 MUHARRAM

Assalamualaikum wbkt..

Tidak berseri jika tidak menyediakan bubur lambuk pada 10 Muharram (24 November 2012-sabtu) dan mengedarkan kepada semua penduduk kampung.  Aktiviti tersebut telah berjalan sejak dahulu dan pihak AJK masih berusaha untuk menghidupkan budaya ini.  Kepada yang berkesempatan bolehlah datang ke surau kampung kita untuk sama sama menyediakan bubur lambuk.  Agenda bermula sedari pagi, jadi jika ada kesempatan sila datang untuk membantu apa yang perlu..









UCAPAN TERIMA KASIH

Assalamualaikum wbkt..

Maaf sebab admin tidak dapat update cerita terbaru tepat pada masanya disebabkan oleh pelbagai faktor yang menghalang..Alhamdulillah dikesempatan ini ingin admin sebagai wakil AJK Surau menghulurkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan acara Korban 2012 (1433 H) yang lalu..

Acara berjalan dengan jayanya..semuanya atas usaha semua pihak yang sangat berkerjasama dan bertanggungjawab di atas tugas yang telah diletakkan di atas bahu mereka..hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya..InsyaAllah..aaminnn




SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1434 HIJRIYAH

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh umat islam walau di mana kamu berada..

Semoga kita menjadi manusia yang lebih baik dari semalam

Friday 24 August 2012

BORANG PERMOHONAN MENYERTAI IBADAH KORBAN 2012

Assalamualaikum wbkt..

Kepada semua Ahli Kariah dan warga Kampung yang ingin menyertai Ibadah Korban anjuran Surau Tanah Wakaf Kg Tengah pada tahun ini, diminta untuk mengisi borang yang boleh didapati melalui Ahli Jawatan Kuasa Surau.

Setiap satu bahagian akan dikenakan bayaran sebanyak RM 370.00 sahaja.


JEMPUTAN KE MAJLIS HARI RAYA SURAU TANAH WAKAF 2012


Assalamualaikum wbkt..

SEMUA AHLI KARIAH ADALAH DIJEMPUT HADIR DAN SAMA SAMA MERAIKAN MAJLIS HARI RAYA ANJURAN SURAU TANAH WAKAF PADA 31HB OGOS, 2012 BERSAMAAN 13 SYAWAL 1433 H).

KAUM IBU DIMINTA BERKERJASAMA UNTUK MEMASAK HIDANGAN ISTIMEWA PADA HARI TERSEBUT.  GOTONG ROYONG AKAN BERMULA SEDARI PAGI.  DIHARAPKAN JUGA KAUM IBU DAPAT MEMBAWA SEPIRING DUA KUIH RAYA UNTUK MENYERIKAN LAGI MAJLIS HARI RAYA KITA NANTI.

ATURCARA MAJLIS

6.00 PETANG          KEHADIRAN PARA TETAMU
7.00 MALAM           SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
8.00 MALAM           JAMUAN HARI RAYA










MESYUARAT AGONG SURAU TANAH WAKAF KG TENGAH 2012

Assalamualaikum wbkt..

Untuk makluman semua warga kariah Surau Tanah Wakaf, semalam bersamaan dengan 24hb Ogos, 2012 (6 syawal, 1433 H), Ahli Jawatan Kuasa Surau Tanah Wakaf telah mengadakan Mesyuarat Tahunan.

Di dalam mesyuarat tersebut beberapa cadangan telah dikemukan oleh AJK yang hadir.  Diantaranya ialah;

Encik Roslan Abdul Ghani

Beliau telah mencadangkan AJK yang ada dikekalkan.  

Tuan Hj. Nasir b. Yakob

Beliau bersetuju dengan cadangan tersebut dan mencadangkan ada penambahan pada Ahli Jawatan Kuasa. Kesemua AJK sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut.  Untuk mengetahui senarai baru AJK sila rujuk di laman utama.

Encik Aris Maamor

Telah mencadangkan untuk Ibadah korban pada tahun ini setiap peserta yang mengambil bahagian akan dikenakan bayaran RM 370.00 untuk setiap bahagian. Cadangan beliau disokong oleh semua AJK.

En Azizan Mohd Akhir

Telah mencadangkan Majlis Jamuan Hari Raya Surau Tanah Wakaf pada hari Jumaat malam sabtu, selepas maghrib bersamaan 31hb Ogos, 2012 (13 syawal, 1433 H).

Semua kaum ibu diminta bersama sama menyediakan hidangan untuk jamuan malam itu. Gotong Royong memasak akan dibuat di Surau Tanah Wakaf sedari pagi hari tersebut.  Kaum ibu juga diminta membawa sepiring dua kuih raya.

Ahli Jawatan Kuasa Surau menjemput semua Ahli Kariah hadir untuk menjayakan majlis. Selain beramah mesra majlis ini juga dapat mengeratkan siratulrahim antara kita..InsyaAllah.



MAJLIS TAHLIL ARWAH TAHUNAN SURAU TANAH WAKAF

Assalamualaikum wbkt..

Semalam, selepas solat jumaat kami telah mengadakan Majlis Tahlil Arwah khas untuk para arwah yang disemadikan di kawasan tanah perkuburan Surau Tanah Wakaf. Majlis ini adalah majlis tahunan yang diadakan setiap tahun pada hari jumaat minggu pertama bulan syawal.

AJK Surau Tanah Wakaf ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan yang telah menyumbangkan makanan serta sumbangan derma.

Friday 17 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2012

Assalamualaikum wbkt..

Warga Surau Tanah Wakaf Kg Tengah ingin merakamkan ribuan terimakasih kepada semua pihak yang telah sama sama menjayakan majlis tahlil dan solat terawih sepanjang ramadan 2012 ini.

Di sini kami ingin memohon maaf jika ada sebarang kekurangan atau kesilapan di dalam menjayakan setiap majlis.  Kami melakukan apa yang termampu dan yang baik itu datangnya dari Allah dan sebarang kekurangan datangnya dari kami semua..

Esok syawal menjelang tiba, dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat islam terutama warga jemaah Surau Tanah Wakaf yang tercinta...  


Jangan lupa malam ini kita ada program takbir rumah ke rumah.  Esok pula seluruh jemaah dan warga kampung terdekat dijemput sama sama meraikan Aidil Fitri dengan melakukan solat sunat hari raya di Surau Tanah Wakaf...jangan lupa sepiring dua hidangan istimewa dari rumah ya..




Tuesday 17 July 2012

BORANG PERMOHONAN MENYERTAI MAJLIS TAHLIL SEPANJANG RAMADAN ANJURAN 
SURAU TANAH WAKAF KG TENGAH, KUALA PILAH
TEL : 06 - 4887484 / 013 - 226 9558
En. Aris Bin Maamor )
Surautanahwakaf.blogspot.com

Saya memohon untuk menyertai Majlis Tahlil anjuran Surau Tanah Wakaf, Kuala Pilah dan butiran lengkap 
disertakan di bawah;

NamaPemohon/Wakil :
.........................................................................................................................................................

Alamat : 
..........................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................

Tel Rumah/Hp : 
.........................................................................................................................................................

Tarikh / Hari Majlis : 
.........................................................................................................................................................

Tujuan Tahlil :       KHAS UNTUK ARWAH / SAKIT / UNTUK SESUATU HAJAT

Nama nama Arwah yang hendak ditujukan Tahlil tersebut ialah ;

Almarhum / Almarhumah : ..............................................................................................................
Almarhum / Almarhumah : ..............................................................................................................
Almarhum / Almarhumah : ..............................................................................................................
Almarhum / Almarhumah : ..............................................................................................................
Almarhum / Almarhumah : ..............................................................................................................
Almarhum / Almarhumah : ..............................................................................................................

Nama Pesakit  : .................................................................................................................................

Jenis Sakit : .......................................................................................................................................

Hajat : ................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................

Bersama borang ini disertakan Wang Tunai sebanyak ............................... Untuk perbelanjaan jamuan majlis 
ini dan saya redha / mengizinkan wang lebihan digunakan untuk perbelanjaan surau.  

Tarikh                                                                                            Tandatangan Pemohon / Wakil

..................................................                                                    ................................................
                                                                              Nama/ic           ................................................

SELEPAS DIISI , SILA SERAHKAN BORANG KEPADA AJK SURAU / SETIAUSAHA BERTUGAS. 
TERIMA KASIH.

JADUAL BERBUKA SELURUH MALAYSIA 1433 HIJRIAH

Assalamualaikum wbkt..

Untuk mengetahui waktu berbuka puasa bagi kawasan masing masing sila layari halaman web di bawah untuk mendapatkan jadual berbuka sepanjang Ramadan 1433 Hijriah ini..


http://www.budakbotak.com/2012/07/jadual-waktu-imsak-berbuka-puasa-2012.html#axzz20xBgEvyp

Saturday 14 July 2012

PERKARA DIBOLEHKAN KETIKA BERPUASA

Tidak Mengapa Dilakukan Oleh Mereka Yang berpuasa



Seseorang hamba yang taat dan memahami al-Qur'an dan as-Sunnah tidak akan ragu bahawa Allah mengkehendaki kemudahan bagi hambanya dan tidak menginginkan kesulitan. Allah dan Rasul-Nya telah membolehkan beberapa hal bagi orang yang berpuasa, dan tidak menganggapnya sebagai suatu kesalahan jika beberapa perkara tersebut dilakukan. Berikut adalah beberapa contoh perbuatan tersebut beserta dalil-dalilnya:

1. Seorang yang berpuasa dibolehkan memasuki waktu subuh dalam keadaan masih berjunub

Di antara perbuatan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam ketika telah masuk fajar (waktu subuh) adalah masih berada dalam keadaan junub setelah bercampur dengan isterinya. Kemudiannya beliau mandi di dalam waktu subuh dan melaksanakan solat.

Dari Aisyah dan Ummu Salamah radhiallahu 'anhuma (yang ertinya): “Nabi Shalallahu 'alaihi wa Sallam memasuki waktu subuh dalam keadaan junub kerana jima' dengan isterinya, kemudian ia mandi dan berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/123), Muslim (1109))

2. Seorang yang berpuasa boleh bersiwak (memberus gigi)

Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “Kalaulah tidak memberatkan umatku niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak setiap kali wudhu”. (Hadis Riwayat Bukhori (2/311), Muslim (252))

Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam tidak mengkhususkan orang yang berpuasa ataupun yang lainnya, ini sebagai dalil bahawa siwak bagi orang yang berpuasa dan selainnya ketika setiap kali berwudhu’ dan solat. (Inilah pendapat al-Bukhari rahimahullah, demikian pula Ibnu Khuzaimah dan selain keduanya. Lihat Fathul Bari (4/158), Shahih Ibnu khuzaimah (3/247), Syarhus Sunnah (6/298))

Begitulah juga berkenaan siwak ini, ianya bersifat umum untuk dilaksanakan seluruh waktu sama ada sebelum zawal (tergelincir matahari) atau setelahnya. Wallahu a'lam.

3. Berkumur-kumur dan memasukan air ke hidung

Perkara ini adalah berdasarkan perbuatan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam berkumur-kumur dan beristinsyaq di ketika dalam keadaan berpuasa, tetapi melarang orang yang berpuasa berlebih-lebihan ketika istinsyaq (memasukan air ke hidung) Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “…..bersungguh-sungguhlah dalam beristinsyaq kecuali dalam keadaan puasa.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3/146), Abu Daud (2/308), Ahmad (4/32), Ibnu Abi Syaibah (3/101), Ibnu majah (407), an-Nasa’i (no. 87) dari Laqith bin Shabrah radhiyallahu ‘anhu. Sanadnya sahih)

4. Bercumbu dan mencium isteri dalam keadaan berpuasa

Aisyah radhiallahu ‘anha pernah berkata: “Rasulullah pernah mencium dan bercumbuber dalam keadaan berpuasa, akan tetapi beliau adalah orang yang paling kuat menahan diri (nafsu).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/131), Muslim (1106))

Dalam soal ini, golongan muda dimakruhkan berbuat demikian berbanding yang telah tua.

Abdullah bin Amr bin ‘Ash berkata: “Kami pernah berada di sisi Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam, datanglah seorang pemuda lalu berkata: “Ya Rasulallah, bolehkah aku mencium dalam keadaan sedang berpuasa? Beliau menjawab: “Tidak”, datang pula seorang yang sudah tua lalu dia berkata: “Ya Rasulullah, bolehkah aku mencium dalam keadaan sedang berpuasa?” Beliau menjawab: “Ya”. Sebahagian dari kami pun saling memandang di antara satu dengan yang lain. Maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “Sesungguhnya orang tua boleh menahan dirinya”.” (Hadis Riwayat Ahmad (2/185, 221))

5. Mengeluarkan darah dan melakukan suntikan yang tidak mengandungi makanan

Semua ini bukanlah termasuk di dalam perkara yang boleh membatalkan puasa.

6. Berbekam

Pada awalnya, berbekam adalah merupakan salah satu pembatal puasa, namun kemudiannya ia dimansuhkan. Terdapat hadis sahih yang jelas dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bahawa beliau berbekam ketika berpuasa. Ini adalah berdasarkan satu riwayat dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma: “Bahawasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah berbekam dalam keadaan sedang berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/155 – Fathul Bari), lihat “Nasikhul hadis wa Mansukhuhu” (334-338) karya Ibnu Syahin)

7. Merasai makanan

Merasai makan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai memasuki tenggorokan (tekak dan salur makanan). Ini adalah berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma: “Tidak mengapa merasai cuka atau sesuatu yang lainnya dalam keadaaan sedang berpuasa selagi mana tidak sampai ke tenggorokan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari secara muallaq (4/154 – Fathul Bari), dimaushulkan (disambungkan/disebutkan sanadnya) oleh Ibnu Abi Syaibah (3/47), al-Baihaqi (4/261) melalui dua jalan. Hadis ini hasan, lihat “Taqliqut Taqliq” (3/151-152))

8. Bercelak dan menitiskan ubat mata dan lainnya yang masuk seumpama

Semua perkara tersebut tidaklah termasuk ke dalam perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, sama ada rasanya dapat dirasai sehingga ke tenggorokan atau tidak, inilah yang dikuatkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah di dalam risalahnya yang bermanfaat “Haqiqatus Shiyam” serta muridnya Ibnul Qoyyim di dalam kitabnya “Zaadul Ma’ad”. Imam al-Bukhari berkata di dalam kitab “Shahihnya”, Anas bin Malik, Hasan al-Bashri dan Ibrahim an-Nakhai memandang tidak mengapa bagi yang berpuasa.”

9. Menyiramkan air dingin ke atas kepalanya dan mandi

Imam al-Bukhari menyatakan di dalam kitab Shahihnya “Bab Mandinya Orang Yang Berpuasa” bahawa, “Ibnu Umar pernah membasahi (membasahi dengan air, untuk mendinginkan badannya kerana haus ketika puasa) bajunya kemudian dia memakainya ketika dalam keadaan berpuasa.” Asy-Sya’bi juga pernah memasuki ke bilik mandi dalam keadaan sedang berpuasa. Al-Hasan berkata: “Tidak mengapa berkumur-kumur dan mendinginkan badan dalam keadaan sedang berpuasa.”


Dalam suatu riwayat disebutkan,

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah menyiramkan air ke kepalanya dalam keadaan sedang berpuasa kerana dahaga atau kepanasan yang mengeringkan.” (Hadis Riwayat Abu Dawud (2365), Ahmad (5/376, 380, 408, 430). Sanadnya sahih)



10. Makan ketika imsak. 

Makan ketika imsak tidaklah membatalkan puasa kerana imsak digunakan sebagai waktu berjaga-jaga sebelum masuk waktu subuh.waktu imsak dikira lampu kuning dan lampu merah adalah semasa azan subuh.Definisi puasa bermaksud menahan dari makan & minum dari terbit fajar hingga hingga terbenam matahari..terbit fajar maksudnya subuh.

Juga hadis yang berbunyi :

“Bilal biasa melaungkan azan di malam hari. Makan dan minumlah sampai kalian mendengar azan Ibnu Ummi Maktum.” (HR. Bukhari no. 623 dalam Adzan, Bab “Azan sebelum shubuh” dan Muslim no. 1092, dalam Puasa, Bab “Penjelasan bahwa mulainya berpuasa adalah mulai dari terbitnya fajar”). Seorang periwayat hadis ini mengatakan bahwa Ibnu Ummi Maktum adalah seorang yang buta dan beliau tidaklah mengumandangkan azan sampai ada yang memberitahukan padanya “Waktu subuh telah tiba, waktu subuh telah tiba.”

MAJLIS TAHLIL SEPANJANG RAMADAN 1433 HIJRIAH

Assalamualaikum wbkt..

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan Surau Tanah Wakaf Kg Tengah akan mengadakan Majlis Tahlil pada setiap hari sepanjang Ramadan 1433 Hijriah ini.  Untuk menyertainya sila berjumpa dengan AJK Surau untuk mendapatkan borang penyertaan.  

Selamat Menyambut bulan Ramadan Al Mubarak..semoga amal ibadah kita bertambah baik..InsyaAllah.

Saturday 23 June 2012

SUASANA MAJLIS ISRAK MIKRAJ

Assalamualaikum wbkt..

Di bawah adalah gambar gambar yang telah diambil pada hari Sabtu 23.6.2012.  
Tuan Haji Ustaz Zakaria Abd. Rahman,penaung dan bekas imam surau tanah wakaf bersama Encik Khalid @ Udo Mail
kaum ibu tengah sibuk menyediakan makanan untuk minum petang
tukang masak dijemput khas dari Tampin

Imam 1, Encik Azizan Md Akhir

Imam 2, Encik Azhar Md Akhir

pengerusi surau, Encik Aris

anak anak dari Sekolah Tahfiz Seri Menanti sedang menikmati minum petang

Encik Hasir dan Encik Sani lepak sekejap selepas penat bekerja 

cikgu Mahathir

Encik Zalin


kumpulan maulid dari Melaka, mula membuat persembahan
di bawah pimpinan Pak Sayid


sebahagian tetamu yang kusyuk mendengar ceramah
Tuan Pengerusi Majlis, Ustaz Majidi
Pengerusi surau tanah wakaf, Encik Aris
Ustaz Norazman Muhammad
tetamu sedang menikmati jamuan makan malam, kelihatan Imam Mohd Nor ,Imam Damin bersama Encik Hanif Naib Pengerusi Surau Tanah Wakaf
ustaz Norazman menikmati hidangan, ditemani oleh bapanya dan Encik Aris

Imam 1 dan Imam 2 Masjid Kg Tengah juga hadir






kaum wanita sedang menjamu selera di bahagian kanan surau
senang hati.. majlis telah berakhir dan berjalan dengan lancar
anak anak dari sekolah tahfiz sri menanti
Tok Siak Ali..
Ahli Jawatankuasa yang telah menjayakan majlis


Terima kasih kepada semua ahli ahli jawatankuasa,para penderma dan seluruh ahli kariah Surau Tanah Wakaf diatas usaha dan sumbangan tanaga dan wang ringgit untuk menjayakan progam ini.Semoga kita dapat bersama sama lagi dilain masa untuk mengimarahkan lagi surau kita disamping dapat mengeratkan silaturahim sesama kita. Semoga berjumpa lagi di lain masa. InsyaAllah.  Aamiiinnnn...


Alhamdulillah.