Assalamualaikum wbkt..
Untuk makluman semua warga kariah Surau Tanah Wakaf, semalam bersamaan dengan 24hb Ogos, 2012 (6 syawal, 1433 H), Ahli Jawatan Kuasa Surau Tanah Wakaf telah mengadakan Mesyuarat Tahunan.
Di dalam mesyuarat tersebut beberapa cadangan telah dikemukan oleh AJK yang hadir. Diantaranya ialah;
Encik Roslan Abdul Ghani
Beliau telah mencadangkan AJK yang ada dikekalkan.
Tuan Hj. Nasir b. Yakob
Beliau bersetuju dengan cadangan tersebut dan mencadangkan ada penambahan pada Ahli Jawatan Kuasa. Kesemua AJK sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk mengetahui senarai baru AJK sila rujuk di laman utama.
Encik Aris Maamor
Telah mencadangkan untuk Ibadah korban pada tahun ini setiap peserta yang mengambil bahagian akan dikenakan bayaran RM 370.00 untuk setiap bahagian. Cadangan beliau disokong oleh semua AJK.
Encik Aris Maamor
Telah mencadangkan untuk Ibadah korban pada tahun ini setiap peserta yang mengambil bahagian akan dikenakan bayaran RM 370.00 untuk setiap bahagian. Cadangan beliau disokong oleh semua AJK.
En Azizan Mohd Akhir
Telah mencadangkan Majlis Jamuan Hari Raya Surau Tanah Wakaf pada hari Jumaat malam sabtu, selepas maghrib bersamaan 31hb Ogos, 2012 (13 syawal, 1433 H).
Semua kaum ibu diminta bersama sama menyediakan hidangan untuk jamuan malam itu. Gotong Royong memasak akan dibuat di Surau Tanah Wakaf sedari pagi hari tersebut. Kaum ibu juga diminta membawa sepiring dua kuih raya.
Ahli Jawatan Kuasa Surau menjemput semua Ahli Kariah hadir untuk menjayakan majlis. Selain beramah mesra majlis ini juga dapat mengeratkan siratulrahim antara kita..InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment