Monday, 19 August 2013

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 1434

Alhamdulillah...Sambutan Israk Mikraj 1434 telah berjalan dengan lancar di Surau Tanah Wakaf pada hari Ahad iaitu pada tarikh 9hb jun, 2013 bersamaan 30 rejab 1434.  Majlis disambut dengan sederhana sahaja.  Jemaah yang hadir lebih kurang 30 orang.

Majlis tersebut dimulakan dengan solat maghrib berjemaah.  Selesai solat maghrib, majlis diteruskan dengan tazkirah istimewa dari Ustaz Abdul Rahman berkaitan dengan Israk Mikraj.  Usai solat isyak berjemaah, semua tetamu dijemput menikmati hidangan makan malam yang dibawa dari rumah "pot luck" oleh jemaah yang hadir.



Terima kasih kepada yang sudi hadir meraikan majlis tersebut..

No comments:

Post a Comment