Saturday, 23 June 2012

SUASANA MAJLIS ISRAK MIKRAJ

Assalamualaikum wbkt..

Di bawah adalah gambar gambar yang telah diambil pada hari Sabtu 23.6.2012.  
Tuan Haji Ustaz Zakaria Abd. Rahman,penaung dan bekas imam surau tanah wakaf bersama Encik Khalid @ Udo Mail
kaum ibu tengah sibuk menyediakan makanan untuk minum petang
tukang masak dijemput khas dari Tampin

Imam 1, Encik Azizan Md Akhir

Imam 2, Encik Azhar Md Akhir

pengerusi surau, Encik Aris

anak anak dari Sekolah Tahfiz Seri Menanti sedang menikmati minum petang

Encik Hasir dan Encik Sani lepak sekejap selepas penat bekerja 

cikgu Mahathir

Encik Zalin


kumpulan maulid dari Melaka, mula membuat persembahan
di bawah pimpinan Pak Sayid


sebahagian tetamu yang kusyuk mendengar ceramah
Tuan Pengerusi Majlis, Ustaz Majidi
Pengerusi surau tanah wakaf, Encik Aris
Ustaz Norazman Muhammad
tetamu sedang menikmati jamuan makan malam, kelihatan Imam Mohd Nor ,Imam Damin bersama Encik Hanif Naib Pengerusi Surau Tanah Wakaf
ustaz Norazman menikmati hidangan, ditemani oleh bapanya dan Encik Aris

Imam 1 dan Imam 2 Masjid Kg Tengah juga hadir






kaum wanita sedang menjamu selera di bahagian kanan surau
senang hati.. majlis telah berakhir dan berjalan dengan lancar
anak anak dari sekolah tahfiz sri menanti
Tok Siak Ali..
Ahli Jawatankuasa yang telah menjayakan majlis


Terima kasih kepada semua ahli ahli jawatankuasa,para penderma dan seluruh ahli kariah Surau Tanah Wakaf diatas usaha dan sumbangan tanaga dan wang ringgit untuk menjayakan progam ini.Semoga kita dapat bersama sama lagi dilain masa untuk mengimarahkan lagi surau kita disamping dapat mengeratkan silaturahim sesama kita. Semoga berjumpa lagi di lain masa. InsyaAllah.  Aamiiinnnn...


Alhamdulillah.







MAJLIS ISRAK MIKRAJ SURAU TANAH WAKAF 23/6/2012

Assalamualaikum wbkt..

Alhamdulillah..segalanya berjalan seperti yang dirancangkan.  Terimakasih kepada semua AJK Surau Tanah Wakaf, Kg Tengah kerana begitu berdedikasi untuk menjayakan Majlis Sambutan Israk Mikraj pada kali ini.

Bermula pada hari sebelumnya,  para AJK bertungkus lumus mempastikan semua keperluan tiada kekurangan.

Terimakasih juga kepada kaum ibu yang sama sama mengerah tenaga sedari pagi sampai ke malam.  

Tukang masak dijemput khas dari Tampin, ditugaskan memasak masakan istimewa untuk malam nanti.

Anak anak Tahfiz dari Sekolah Tahfiz Sri Menanti dijemput sama untuk meraikan majlis.

Kumpulan Maulid di bawah pimpinan Pak Sayid dijemput dari Melaka dan sepatutnya mereka tiba awal, terlewat sedikit kerana sesat. 

Ketibaan para tetamu dan Ustaz Norazman.  Kami solat berjemaah dengan diimamkan oleh Ustaz Norazman sendiri.  Selepas solat maghrib bermulalah sesi ceramah dari beliau sempena Israk Mikraj.


kata kata aluan dari Ustaz  Majidi selaku Pengerusi Majlis

Sebelum ceramah dimulakan, Tuan Pengerusi Majlis iaitu Ustaz Majidi telah memberi sepatah dua kata dan menjemput Pengerusi Surau Encik Aris untuk memberi sedikit ucapan. Beliau mengatakan pada malam itu surau ada menyediakan tabung derma untuk surau dan tabung derma untuk seorang kariah surau yang mana ibunya memerlukan rawatan buah pinggang.


pengerusi surau, Encik Aris



Majlis diteruskan dengan ceramah dari Ustaz Norazman.  Berkaitan dengan Israk Mikraj, Beliau memperkatakan tentang 40 hadis yang mengesahkan peristiwa Israk Mikraj dan yang terdapat di dalam Al Quran pada surah antaranya al Isra dan an Najmi.


sangat bersemangat
Ustaz Norazman membahagikan perihal Israk Mikraj kepada 3 episod;

Beliau mengatakan Israk Mikraj adalah mukjizat yang dikurniakan kepada Rasulullah saw.  Tidak percaya kepadanya, bermakna kita jatuh kufur.  Sesiapa yang mencabar akan mukjizat para nabi sesungguhnya mereka tidak akan menang dengan kata kata mereka.

Mukjizat terbahagi kepada dua iaitu mukjizat hissi dan mukjizat maknawi.  

Hissi bermaksud satu perkara luar biasa anugerah Allah swt yang boleh dilihat, dipegang, dirasa dan didengar.  Umpamanya peristiwa Nabi Muhammad saw membelah bulan dan memancarkan air dari jejarinya. Beliau juga mengingatkan kembali bagaimana Baginda telah mencukupkan hidangan makanan dari rumah salah seorang jemaah...ketika itu hanya cukup untuk dirinya sekeluarga dan Rasulullah saw sahaja tetapi Rasulullah saw telah menjemput semua jemaah masjid untuk ke rumahnya.  Ini meresahkannya,  dengan mukjizat yang ada pada Rasulullah saw,  makanan yang sedikit menjadi cukup untuk semua orang.   

Maknawi pula bermaksud pula ialah yang hanya dapat difahami dengan daya akal fikiran. Mukjizat jenis ini memerlukan kajian dan penelitian kerana ia tidak dapat difahami dengan kekuatan pancaindera melainkan dengan akal fikiran yang sihat dan kajian yang sempurna. Contoh mukjizat maknawi adalah Israk Mikraj dan Al Quran. 

Perihal Israk Mikraj, bukan menjadi satu perbalahan kerana semua percaya dengan kebesaran Allah swt.  Sifat manusia yang percaya dengan apa yang mereka lihat dan kata kata Allah swt "kun fayakun" menjadi sandaran bila melihat sesuatu yang ganjil.  Bukanlah satu perkara yang merisaukan.

Cuma berkaitan dengan mukjizat Al Quran,  kita seolah olah lupa Al Quran itu adalah kata kata nasihat dan pesanan dari Allah swt kepada umat manusia.  Kita seolah olah tidak yakin dan merendah rendahkannya. Kita memandang manusia dan sistem mereka adalah lebih utama, baik dan lebih ditakuti dari hukum hukum Allah swt...umpamanya berkaitan dengan hukuman potong tangan bagi pencuri.  Sesetengah pihak yang percaya dengan rukun iman boleh berkata " hukum curi potong tangan, kalau potong habislaa orang itu" 

Hukum Qisas, ramai yang menolak dengan hukum Allah swt.  Manusia lebih percayakan dengan hukuman yang dicipta manusia.

Kita tanpa sedar telah mengambil setengah setengah jer apa yang ada dalam Al Quran untuk mewajarkan perbuatan kita kat dunia ni.

Sukar untuk kita akui sebenarnya selama ini kita terlalu bergantung dengan manusia bukan dengan Allah swt.  Seperti kata ustaz " makin banyak bergantung kepada Allah swt maka makin kuranglah bergantung dengan makhluk"

Berkaitan dengan Israk Mikraj juga, ustaz mengatakan ia adalah iktibar kepada manusia.  Untuk sampai kepada Allah swt kita perlu bersihkan hati dari penyakit dunia. Bila kita mati,  kita perlu bersih untuk kembali kepada Allah swt.

Hati boleh dibersihkan dengan Ibadah seperti duduk dengan ulama, duduk di dalam majlis ilmu, zikir dan sebagainya. Jika hati sakit sukar untuk kita mendekati Allah swt.

Jenis hati yang sakit

Sombong.  

Bangga dengan kelebihan diri tanpa sedar segalanya datang dari Allah swt. Contoh nyata si Iblis.

Tamak

Tidak pernah cukup dengan apa yang ada.  Sanggup melakukan apa sahaja tak kira halal ke haram atau syubahat asalkan dapat apa yang diidam.

Hasad dengki "hasad perkataan arab untuk dengki"

Tidak boleh lihat kelebihan orang lain.  Ustaz membangkitkan kembali al kisahnya Singapura dilanggar Todak dan Hang Nadim yang malang.


********************

Perihal Tawaduk,  siapa tawaduk akan diangkat Allah swt darjatnya.  Lalu ustaz bercerita tentang Buraq Buraq di syurga sangat gembira Jibril as akan memilih salah satu daripada mereka untuk dijadikan tunggangan Nabi Muhammad saw ketika Israk nanti. Ketika hendak memilih, Jibril as terpandang satu Buraq yang duduk menyendiri menundukkan kepalanya.  Lalu Jibril as mendekatinya dan bertanya akan kenapa dia begitu.  Lalu Buraq itu berkata yang dia tidak akan terpilih kerana siapalah dirinya berbanding dengan Buraq Buraq lain yang lebih besar, hebat dan kuat.  Sifatnya yang tawaduk menjadikan dirinya terpilih menjadi kenderaan Rasulullah saw ketika peristiwa penting itu.

Episod ke 2

Peristiwa Israk Mikraj terjadi adalah kerana Allah swt ingin menghiburkan hati nabi (tasliah), yang gundah gulana selepas kewafatan insan tersayang di dalam hidupnya.

Selain daripada itu untuk menerangkan kepada kekasihNya akan kebesaran dan kekuasaan Allah swt

Untuk mengembalikan semangat Baginda saw yang patah hati takkala menerima pelbagai cemuhan dan rintangan dari kaumnya. Di mana baginda telah dipertemukan dengan Nabi Nabi terdahulu, antaranya Nabi Musa as yang berdepan dengan Firaun yang kejam.

Episod 3

Selepas Israk Mikraj,  baginda kembali ke Mekah dengan resah hati.  Dirinya duduk bersendirian dan termenung panjang kerana memikirkan bagaimana cara untuk memberitahu orang Mekah akan apa yang dialaminya.  Kebetulan Abu Jahal melihat keadaan itu dan bertanyakan kepada Rasulullah saw.  Lalu Baginda menceritakan akan apa yang terjadi,  Abu Jahal dengan rancangan jahat telah menawarkan diri memanggil orang Mekah untuk berkumpul bagi mendengar cerita Rasulullah saw, baginya adalah tidak masuk akal.

Setelah semua berkumpul,  Rasulullah saw pun menceritakan tentang apa yang dialaminya.  Baginda menjadi bahan ketawa oleh sesetengah pihak terutama Abu Jahal dan kuncu kuncunya. Lalu timbullah pelbagai persoalan..antaranya berkenaan kedudukan Masjid Al Aqsa, tiang dan sebagainya.  Semua dapat dijawab dengan tepat oleh Nabi Muhammad saw dengan bantuan Allah swt..

Kemudian Nabi Muhammad saw mengatakan akan kehadiran Khafilah tidak berapa lama lagi akan sampai ke Mekah.  Sebentar kemudian rombongan itu sampai..jadi benarlah lagi akan kata kata Rasulullah saw..

Namun mereka masih tidak berpuas hati,  lalu menyuruh Rasulullah saw mengangkat sebelah kaki dan mengangkat kedua dua kaki, dalam keadaan ini sudah tentu Baginda tidak dapat melakukannya..lalu mereka mengatakan bagaimana Baginda boleh ke langit jika angkat kedua dua kaki pun tidak boleh...

Ketika Israk Mikraj, Nabi Muhammad saw ada memohon kepada Allah swt supaya dia tidak dikembalikan ke bumi,  tetapi Allah swt menghiburkan hati kekasihnya dengan satu hadiah yang tidak diberikan kepada para Nabi dan Rasul yang terdahulu..iaitu memerintahkan solat 50 waktu kepadanya dan umat islam keseluruhannya.  Solat itu adalah Mikraj umat manusia kepada Allah swt.  Sesungguhnya anugerah yang paling besar dari Allah swt kepada Nabi Muhammad saw dan umatnya adalah SOLAT...

Jadi jangan tinggal solat,  kerana solat adalah anugerah Allah swt kepada kita umatnya.

Tamat. wallahualam.

Terimakasih kepada Ustaz Norazman di atas ilmu yang dikongsikan bersama kami.  Semoga Allah swt membalasnya.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam istimewa iaitu Nasi Beryani Kambing, Lauk Beryani Daging, Ayam Masak Merah,Acar dan kuih muih.


tetamu tengah menjamu selera
Sambil makan kumpulan Maulid memperdengarkan sekali lagi Qasidah dan Marhaban kepada para tetamu.

Akhir kata,  terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua para tetamu, para AJK, orang kampung dan kaum ibu yang sama sama membantu melancarkan majlis ini.  InsyaAllah..bertemu lagi di program program yang akan datang.

Jangan lupa untuk menghadiri kelas kelas yang diadakan di surau tanah wakaf untuk menyemarakkan surau kita.

(untuk melihat suasana majlis, sila ke laman SUASANA MAJLIS ISRAK MIKRAJ http://galerisurautanahwakaf.blogspot.com/2012/06/suasana-majlis-israk-mikraj.html, di sana terdapat banyak gambar gambar untuk tatapan semua.)












Thursday, 21 June 2012

USTAZ NOR AZMAN KAT FB

Assalamualaikum Ustaz..tak sabar nak tunggu esok..apapun Selamat Datang Ke Kampung Tengah, Sri Menanti..sediakan teks yang best tau..dari blog kami :
http://surautanahwakaf.blogspot.com/
 ·  · See friendship

Monday, 18 June 2012

KENALI WALI 7 TANAH MELAYU

Assalamualaikum wbkt..

Kenalkah anda dengan para wali 7?.  Mereka manusia istimewa yang pernah dikurniakan oleh Allah swt kepada kita di Tanah Melayu pada satu ketika dahulu. Teks di bawah sangat bermanfaat, semoga kita dapat menambah ilmu pengetahuan daripadanya..

...............................................

Tujuh Wali Melayu

Mereka dikenali sebagai wali, hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui (Wallahualam). Keperibadian mereka begitu mulia dengan amalan-amalan bermartabat tinggi di sisi Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka adalah : Habib Nuh, Tukku Paloh, Tuan Tulis, Syeikh Said Al-Linggi, Syeikh Muhammad Nor Al-Kholidi, Tuk Kenali dan Tuan Hussein Kedah Al-Banjari.

Justeru amatilah jasa-jasa perjuangan, kebijaksanaan, kewarakan dan kemuliaan karamah daripada Allah s.w.t pada tujuh tokoh Melayu ini. “Mengingati orang soleh mendatangkan rahmah.” InsyaAllah, berbagai suri teladan terdapat dalam buku 7 WALI MELAYU.

1.: AS SAYID HABIB NUH Peranannya TersembunyiHadiri Sidang Wali-Wali Menunduk Gabenor yang Angkuh Wasiat Supaya Dikebumi Atas Bukit

..Di Singapura, nama As Sayid Habib Nuh sudah tidak asing lagi. Beliau berketurunan Rasulullah SAW menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayadina Hussien r.a. Maqamnya yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer, sering dikunjungi pelawat teruatama hari-hari cuti.

Pengunjung maqam itu bukan saja daripada kalangan orang Islam Singapura dan Malaysia tetapi ramai juga dari negara-negara Asia lain. Ini menunjukkan Habib Nuh r.h. lebih masyhur selepas kematiannya berbanding semasa hayatnya.

Sebagai seorang wali Allah, pelbagai cerita pelik dan luar biasa berlaku pada dirinya, dan cerita-cerita itu belum ditulis dalam bentuk buku dan manakib. Tulisan ini memaparkan sebahagian daripada keistimewaan, karamah dan kejadian-kejadian aneh yang berlaku ke atasnya yang menggambarkan beliau sebagai orang kerohaniah yang mempunyai peranan tersendiri dan tersembunyi…

2. TUKKU PALOH: Ulama Regu SultanPencatur Dasar Luar Terengganu Keturunan Rasulullah Menuntut di Makkah Regu Sultan Zainal Abidin III Menentang Pertapakan British di Terengganu Berunding dengan British Memerintah Paloh dengan Hukum Islam Sembahyang Berimam Nabi Khidir as Mahkamah Keadilan Sendiri Amalan Tareqat dan Syahadat Tukku Kontroversi Syahadat Tambahan Tukku Paloh.

Tukku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al Idrus adalah ulama kerohanian yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di terengganu. Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang sultan silih berganti; paling lama dan paling kuat pengaruh beliau semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11.

Kerana kewibawaannya, beliau diberi mandat oleh Sultan mentadbir kawasan Paloh dan mengawasi Hulu Terengganu. Beliau juga diterima sebagai penasihat pertama dan utama kepada Sultan dalam berbagai persoalan. Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik, dan sering diberi peluang mewakili Sulatan berunding degan pihak British sehingga pada zaman itu British gagal menjajah Terengganu.

Tukku Paloh terkenal sebagai seorang wali ALLAH yang mempunyai berbagai karamah dan sentiasa mendapat bantuan ALLAH SWT khusunya sewaktu mengendalikan urusan rakyat. Tukku Paloh adalah khalifah Tareqat Naqsyabandiah, dan beliau turut mengamal dan mengembangluaskan ‘Syahadat Tukku’ satu amalan yang disusun oleh ayahnya Tukku Tuan Besar.

Di antara anak murid dan pengikut Tukku Paloh yang terkenal ialah Haji Abdulu Rahman Limbong, Haji Mat Shafie Losong, Tuk Kelam, Tuk Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Haji Wan Emobong Paloh, Haji Abdullah Chik Fatani, Tuk Gajah, dan SUltan Zainal Abidin III.

3. TUAN TULIS: Tempat Rujuk MasyarakatRahsia Di Sebalik Gelaran TUan TulisPadam Kebakaran Besar di MakkahMengubat Secara RohaniahSuka Duduk Dengan Orang Jahil.

Nama sebenar Tuan Tulis adalah Haji Ismail bin Hussein, terkenal sebagai seorang wali ALLAH yang mendekati masyarakat dengan penuh hikmah. Beliau menjadi tempat rujuk orang ramai dalam pelbagai masalah, khususnya dikalangan penduduk Kuala Talang dalam daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Namanya turut dikenali di kalangan kerabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, kerana beliau pernah mengubati Yang Dipertuan Besar yang pertama yang uzur di London pada tahun 1925. sedangkan pada ketika itu Tuan Tulis sebenarnya sudah meninggal dunia tiga tahun lepas.

Oleh kerana miskin, beliau tidak dapat membeli kitab-kitab yang menjadi teks pengajian sebagaimana yang dimiliki oleh pelajar-pelajar lain, “Setiap malam beliau menyalin matan kitab yang akan dipelajari pada keesokan harinya dengan cara meminjam dari pada kawan-kawannya. Begitulah tabiatnya,” cerita Tuan Haji ISmail Haji Hussein, imam Masjid Tuan Tulis di Kuala Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Melihat pada tabiatnya yang rajin dan tekun menulis itulah, guru dan sahabat-sahabat sepengajiannya memanggil beliau ‘Ismail Tulis’. Gelaran ini sungguh mesra sepanjang beliau dalam pengajian itu. Apabila tamat pengajian, orang-orang kampung menghormatinya pula dengan panggilan “Tuan Tulis”.

4. ASY SYEIKH MUHAMMAD SAID AL LINGGI: Ulama Tareqat Pencorak MasyarakatBertemu Rasulullah dalam suriDakwah ke Siam, Kampuchea dan SingapuraAnak Melayu Berjiwa BesarProfil Ringkas Penulis Manakib Syeikh Said Al LinggiProfil Ringkas Khadam Syeikh Said.

Keistimewaan Asy Syeikh Muhammad Al Linggi ialah beliau bukan saja alim empat mazhab feqah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang muktabar tetapi juga terkenal sebagai seorang ulama yang mengembangkan Tareqat Ahmadiah yang diasaskan oleh Asy Syeikh Muhammad Idris Ad Dandrawi r.m. Dan kerana mengembangkan ilmu tareqat, beliau menjelajah hingga ke Kampuchea, Thailand dan Singapura, selain di merata Semenanjung Tanah Melayu khususnya negeri asalnya Negeri Sembilan Darul Khusus.

Di Negeri Sembilan, Syeik Said menjadi ulama pertama yang membuka pusat pengajian sistem pondok bertempat di Ampangan, kira-kira 1km dari bandar Seremban. Beliau tidak pernah rehat dari mengajar orang ramai di merata tempat khususnya dalam daerah Linggi dan Port Dickson.

5. SYEIKH MUHAMMAD NOR AL KHOLIDI: Pengasas Kampung Islam ContohBangung Perkampungan Berteraskan SyariatTegak Pusat Tarbiah Wa Ta’limKuatkuasa Undang-undang.

SYEIKH MUHAMMAD NOR AL KHOLIDI adalah khalifah ke-35 Tareqat Naqsyabandiah dan terkenal sebagai seorang wali Allah dengan berbagai karamah. Beliau juga seoranhg pemimpin masyarakat yang bewibawa dan berjiwa sufi. Ini bukti dengan berjayanya beliau memimpin ahli jemaahnya di perkampungan Sungai Cincin, Gombak, sekitar tahun 1894-1919, di mana satu struktur pentadbiran dan undang-undang yang dilagangnya sendiri dapat dipraktikkan.

Dengan sokongan orang ramai, Syeik Muhammad Nor yang berasal dari Sumatera Utara, dapat membangunkan sebuah pusat pengajian yang bukan saja menekankan sola-soal ilmu tetapi juga tarbiah rohaniah.

Kampung Sg. Cincin, Gombak terletak kira-kira 13 km dari bandaraya Kuala Lumpur. Syeik Muhammad Nor Al Kholidi mula menerokanya pada sekitar tahun 1894, kira-kira 10 tahun dari tarikh beliau tiba di Tanah Melayu dari kampung asalnya di Penyambongan, Sumatera Utara.

Turut behijrah bersama ulama sufi ini ialah adik angkatnya Syeikh Zainal Abidin dan dua ulama lain. Mereka dari keturunan Mendeleng. Keempat-empat mereka alim-alim belaka dan apabila sampai ke Semenanjung mereka berpecah, seorang menetap di Tapah Perak, seorang lagi mungkin di Perak juga, cuma mereka berdua (Syeikh Muhammad Nor dan Syeikh Zainal Abidin) yang tidak berpisah,” kata Hajah Fatimah, 69 tahun, anak bongsu kepada Syeikh Muhammad Nor, ketika ditemui di rumah anaknya di Sentol Pasar, Kuala Lumpur.

6. TUK KENALI: Penyemarak Kebangkitan PondokAnak GeniusBerkat Doa dan Asuhan IbuPendidikan Pondok Tuk KenaliKitab-kitab PengajianGiat Dalam PenulisanPeranan Dalam PemerintahanAkhlak dan Amalan RohaniahKeramah Tuk KenaliPulangnya Ulama TerbilangTuk Kenali Dari Kacamata Anak Muridnya.

Nama Tuk Kenali tidak asing lagi di negara ini, dan satu ketika dulu pengaruh beliau cukup kuat hingga sampai ke Patani. Beliau mempunyai peranan langsung terhadap kebangkitan Islam di Kelantan pada zaman kegemilangannya hingga mendapat julukan ‘Serambi Mekkah.’

Di samping mengajar, Tuk Kenali aktif dalam penulisan, urusan kemasyarakatan dan juga pemerintahan. Beliau adalah orang penting di belakang penerbitan majalah ‘Pengasuh’. Pernah menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Ahli Majlis (Dewan) Ulama.

Tuk Kenali berpesan kepada murid-muridnya, antara lain, “mengaji sungguh-sungguh” dan “Buka pondok”.

Sekitar dua dekad pertama abad ke-20 itu, era pondok-pondok pengajian berkembang begitu pesat hasil sumbangan barisan pelapis yang mendapat asuhan dan tarbiah secara langsung dari Tuk Kenali serta tokoh-tokoh ulama lain di Kelantan. Murid-murid Tuk Kenali datang dari merata tempat terutamanya Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Menurut sumber yang boleh dipegang, Tuk Kenali mengamalkan Tareqat Ahmadiah. Beliau dikurniakan banyak karamah, kelebihan yang pelik-pelik tetapi benar berlaku.

7. TUAN HUSSEIN KEDAH AL BANJARI: Ulama Berdarah PanglimaBerjuang Tidak Hirau Batasan PolitikTolak Jawatan MuftiPenentang Sistem RibaTuan Hussein Banyak Tanah Wakaf.

TUAN HUSSEIN KEDAH AL BANJARI adalah pengasas kepada enam buah pondok pengajian dalam negeri Kedah dan sebuah di Poko Sena, Seberang Perai. Ini tidak termasuk usaha beliau membangunkan semula pondok datuknya di Gajah Mati, Jitrah, Kedah.

Beliau telah menulis tidak kurang daripada 18 buah kitab mengenai berbagai persoalan agama. Dan dalam bidang ini(mengarang kitab) beliau adalah ulama Kedah yang terbanyak mengarang kitab pada zamannya.

Dalam melaksanakan hukum, Tuan Hussein sangat berhalus dan tegas. Beliaulah orang yang pertama menentang sistem riba dalam soal pinjam-meminjam serta menolak pelaksanaan peraturan tauliah mengajar yang diselewengkan, dan menentang perlaksanaan akta cetak kitab.

Lantaran keberaniannya mempertahankan pendirian, Tuan Hussein menerima tindakan dibuang negeri. Namun semasa di Seberang Perai, beliau terus bergiat menyembarkan ilmu dan mengarang kitab. Tuan Hussein juga seorang pendakwah yang aktif.

Wasalam.

(copy paste dari blog : Jalan Akhirat.blogspot.com)

Sunday, 17 June 2012

MEREALISASIKAN GOTONG ROYONG

Assalamualaikum wbkt..

Gotong royong telah diadakan pada hari Ahad bersamaan dengan 17hb June 2012.

Alhamdulillah..kerana program gotong royong membersihkan surau dan kawasan wakaf telah berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan...

Terimakasih juga kepada pihak pihak yang telah hadir bagi membantu gotong royong ini..






Saturday, 16 June 2012

INFO DARI WIKIPEDIA TENTANG ISRAK MIKRAJ

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di MadinahMadyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi IbrahimNabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

[sunting]
Pelbagai peristiwa dilihat

Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
  1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
  2. Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
  3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
  4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
  5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

[sunting]
Bantahan orang Quraisy

Sekembali dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhamad telah diragui dan ditertawakan oleh masyarakat Quraisy terutama pemimpinnya Abu Jahal dan Abu Lahab .Bagi Abu Jahal , inilah bukti Nabi Muhamad seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula . Abu Jahal mempersendakan Rasulullah di Hijr Ismail di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay.
Namun Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya dengan cerita itu kerana baginya Muhamad adalah seorang al Amin. Abu Bakar sentiasa membenarkan khbar langit yang Rasulullah bawa. Aisyah mencatatkan ada orang Islam yang murtad selepas peristikwa itu.
Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga hampir keliru. Mujurlah saat itu Allah mendatangkan Masjid Aqsa dan diletakkan berdekatan rumah Uqail. Maka, mudahlah Nabi menceritakan masjid itu. Salah seorang dari mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana pernah pergi ke Masjidil Aqsa.

[sunting]
Khilaf(Perselisihan) tentang tarikh Israk Mikraj

Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.
Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ia selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.
  1. Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.
  2. Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab.
  3. Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan
  4. Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir
  5. Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.
  6. Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.
  7. Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal
  8. Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan
  9. Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab
  10. Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.
  11. Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah.