Part 3
Ustaz AK juga menyatakan yang Nabi Muhammad saw sangat sayangkan orang miskin. Beliau sangat menyayangi Sayyidina Ali dan Sayyidina Abu Bakar.
Ustaz berpesan kepada para wanita, tidurlah di celah ketiak suami kerana ianya adalah sunnah.
Nabi Muhammad saw pernah tertidur di riba Sayyidina Ali sehingga Sayyidina Ali terlepas solat asar. Dia tidak sampai hati mengerakkan insan kesayangan ini yang lelah tertidur dipangkuannya. Sehinggalah matahari hampir terbenam, Nabi Muhammad saw terjaga dari tidurnya dan terkejut kerana Sayyidina Ali masih memangkunya dan mengatakan "bukankah kau belum solat asar. "kau kan kekasih Allah" kata Sayyidina Ali apabila dipersoalkan akan perbuatannya itu. Lalu Nabi Muhammad saw telah berdoa kepada Allah swt supaya dapat menarik kembali waktu yang terlepas supaya Sayyidina Ali dapat melakukan solat asar. Atas perintah Allah swt, matahari telah naik sejengkal untuk meraikan Sayyidina Ali yang sangat cintakan kekasihNya itu. Sayyidina Ali melunaskan waktu asar yang telah terlepas darinya sebelum itu.
Pesan Ustaz AK lagi, ibubapa adalah taman syurga. Ibu kita adalah rezeki kita. Dia menceritakan pengalamannya satu ketika sebelum dia aktif sebagai penceramah. Tugasnya hanyalah sebagai guru biasa dengan pendapatan yang sederhana. Apabila melawat ibunya di kampung, dia telah memberi ibunya sebanyak RM 200.00, kebetulan hanya itu sahaja yang ada di dalam poketnya dan percaya ada rezeki lain yang akan Allah swt beri sekiranya dia berbuat baik kepada ibunya. Keyakinannya diimbal dengan rezeki mendapat RM 4,000.00 kerana mengantikan seorang ulama ketika memberi ceramah di dalam satu majlis.
Ustaz AK melancarkan tabung derma untuk Surau Tanah Wakaf. Ustaz AK mewar warkan akan derma tersebut akan mendapat pahala yang berpanjangan bila wang tersebut diguna pakai untuk kegunaan surau dan orang ramai. Alhamdulillah, kutipan derma pada malam tersebut sangat memberansangkan dan wang tersebut akan disalurkan untuk menyempurnakan pagar yang belum siap sepenuhnya, membayar segala macam bil dan lain lain aktiviti sepanjang 2015 ini. Terima kasih yang tidak terhingga dari kami pihak AJK Surau Tanah Wakaf, segala derma Insya Allah mendapat imbuhan dariNya yang Maha Pemurah dan Penyayang.
Ustaz AK menyambung kembali ceramahnya,
Redha dan syukurlah akan pasangan kita kerana asas bahagia adalah redha. Biar buruk macam mana pasangan kita, seandainya kita terima dengan ikhlas kerana Allah swt, InsyaAllah kita akan rasa bahagia.
Ustaz AK menceritakan tentang seorang pemuda yang selalu mengikuti ceramahnya dan sentiasa duduk di hadapannya. Sebelum itu dia seorang yang sangat bebas, minum arak dan zina. Cerita buruknya disebarkan di facebook hingga ramai orang tahu akan kisahnya yang sangat aib. Apabila ditanyakan kepadanya lalu dijawab oleh pemuda tersebut " tak apa ustaz, kalau dia buka aib saya di dunia, kalau di akhirat Allah swt yang buka..dia redha
Bersyukurlah banyak banyak. Mata yang menangis itu adalah milik kita. Mendengar azan adalah satu nikmat. Pelbagai nikmat anggota badan yang kita miliki..lakukanlah amalan ibadah.
Ustaz AK menutup ceramahnya dengan sepotong pantun lucu,
" pergi ke dubai membeli maruku, Makcik...bye bye..., Pak Cik....i love you"
Majlis ditutup dengan ucapan ribuan terima kasih dari Pengerusi Majlis kepada semua penderma dan para jemaah yang hadir menyemarakkan majlis pada kali ini.
Selesai solat isyak, tetamu dihidangkan dengan makan malam. Alhamdulillah.
Semoga berjumpa di lain masa...Assalamualaikum wbkt..
No comments:
Post a Comment