Wednesday 4 March 2015

GAMBAR SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SURAU TANAH WAKAF HILIR (1436H) 2015

 Assalamualaikum wkt..

Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar.  


Tuan Bendahari En. Udo Mail yang sangat dedikasi di dalam menjalankan tugas. Di belakang beliau kelihatan Imam Surau Tanah Wakaf yang asal iaitu Tuan Hj. Ustaz Zakaria Abd. Rahman yang telah uzur.  Beliau sanggup datang memberi sokongan walau tidak berapa sihat






Kelihatan beberapa pengusaha gerai telah siap menyusun barang jualan mereka..Pada malam itu terdapat 9 gerai kesemuanya, setiap tapak dikenakan sewa hanya RM 5.00 sahaja.. 



Kelihatan Kain Layar digantung di luar surau untuk tayangan projektor..






Imam 2, En Azhar Mat Akhir dan Tuan Pengerusi, En Aris Makmor sedang menanti para jemaah sebelum masuk waktu maghrib



Ustaz Abdullah Khairi sedang memberi ceramah 


Surau penuh dengan jemaah lelaki dan melimpah hingga ke luar sebelah kanan surau



Jemaah wanita pula di tempatkan di sebelah kiri surau




Tok Siak , Pak Ali yang rajin bancuh air





Sebahagian pengunjung hanya duduk di luar kawasan surau...


Ustaz Abdullah Khairi sedang menikmati juadah yang disediakan. Beliau ditemani oleh ayahandanya yang berbaju biru.  Imam Seri Menanti dan Guru Surau Tanah Wakaf, Ustaz Rahman  yang berbaju hitam. Tidak kelihatan Tuan Pengerusi Surau En. Aris Makmor dan Tn. H. Ustaz Zakaria.  Kelihatan Imam 1 Surau, En Azizan Mat Akhir berbaju putih sedang sibuk melayan tetamu istimewa ini..


Wajah wajah ceria..entah apalah perkara lucu yang diceritakan oleh mereka...



Gambar kenangan AJK Surau Tanah Wakaf  bersama Ustaz Abdullah Khairi selepas usai majlis












No comments:

Post a Comment